Rakyat Malaysia Memang Peramah Tahap Cipan Terbang! Diperakui Oleh Sirim!
Merhaba!
Kali ni
saya nak berkongsi suatu cerita yang dapat dijadikan sebagai peringatan kepada
anda yang mungkin akan datang ke Istanbul, Turkey untuk makan angin ataupun
atas urusan business. Minggu lepas, saya bertandang ke rumah salah seorang
saudara Melayu yang tinggal di Istanbul, kalau nak tau, akak ni memang rapat
dengan student-student melayu di Istanbul ni, dan dia jugalah yang saya anggap
macam keluarga saya sendiri di sini, tempat mengadu. Masa makan malam tu,
terkeluarlah cerita tentang beberapa rakyat Malaysia yang telah ditipu di Istanbul.
Perlu saya ingatkan, jikalau anda datang ke Istanbul, tidak kiralah atas tujuan
apa, masa berjalan-jalan di area Sultan Ahmet tu especially, tolong la jangan
hiraukan sesiapa yang datang bercakap dengan anda, tak kiralah mamat kulit
putih ke, kelabu ke, coklat ke, hijau ke, cakap bahasa Turkey ke, English ke,
Tamil ke, Melayu ke walaupun bahasa Jawa sekalipun, tolong jangan cepat ramah
dan bersembang dengan diorang!
Tak payah la nak cerita datang Istanbul dengan
siapa, duduk mana, kenapa, lama mana, even if kalau dia kata dia dah tengok cerita Istanbul Aku Datang ke Hantu Kak Limah ke, so on and so forth. Saya sebenarnya
bangga dengan sikap orang kita, peramah. Tapi sila beringat, di sini, orang
Malaysia senang sekali ditipu akibat sikap kita yang terlalu peramah. Kalau tanya orang Turkey (especially yang duk berjual kat Grand Bazaar tu…), kenapa
suka orang Malaysia? Jawapan common yang akan diberi adalah:
1) Peramah
tak hengat!
2) Suka
berbelanja (sopink sangat~!)
3) Mudah
ditipu (sigh~)
Now back to
the story… Saudara Awang (nama sebenar dirahsiakan) ni datang ke Istanbul atas
urusan business. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari ni, Awang sedang
jalan-jalan dekat area Sultan Ahmet dan dia disapa oleh seorang mamat Turkey.
As usually being a Malaysian, Awang pun layan la mamat ni bersembang. Tak tau
macam mana, akhirnya Awang pun terbagi tahu tujuannya datang ke Istanbul.
Mamat
ni pulak, dengan tanpa segan silu gitu bagi tau Awang yang eh, dia pun
sebenarnya berkerja di bidang yang sama dengan Awang and dia boleh bawak Awang
either berjumpa dengan orang-orang yang berkenaan ataupun bawak awak ke lokasi
business tu (maafla awok x ingat detail sangat cerita pun dari mulut ke mulut~
*tangan goyang-goyang ala Usin cerita hantu Kak Limah*). Awang pun bersetuju
untuk mengikut mamat ni pergi ke tempat yang di syorkan. Akhirnya Awang dibawa
ke Taksim di Beyoğlu dan
katanya, bangunan tu dari luar kelihatan macam cafe, tapi bile masuk ke dalam,
rupanya sebuah pub.
Awang pun dipersilakan duduk. Awang decide dia nak minum
setin Coca-Cola, dan mamat ni pulak minum sebotol Whiskey (Ya, memang ada orang
Turkey ni yang minum sebotol pun tak mabuk! Dan jangan terkejut, bagi orang
Turkey ni, minum arak tu biasa, tak seperti orang Islam di Malaysia, di sini,
diorang minum dan beli arak secara terbuka). Habis minum, Awang ni nak balik.
Dan bil pun dibawa... Tadaa!!! Bil dia 1800TL which is around RM3200+.
Nak
dijadikan cerita, mamat ni kata kepada Awang, dia ada cume 1000TL, jadi dia
suruh Awang bayar balance 800TL tu. Awang pun terasa pelik “Engkau yang minum
Whiskey asal plak aku yang nak kene bayar 800TL?” Kesian jugak dekat Awang, ye
la mana tak nya, setin Coke baru berapa kan? kalau 800 TL tu boleh beli 533 tin
Coke siap boleh jamu satu lorong rumah saya ni ha, silap-silap ada balance lagi~!
So Awang rasa ditipu, Awang tak sanggup nak bayar, jadi mulalah mamat Turkey ni
menjerit-jerit marahkan si Awang dan Awang dipaksa untuk keluarkan credit card
untuk menjelaskan hutang. Alasannya, nanti tak boleh balik, sebab tak bayar.
Akibat tidak mahu berkonfrontasi selepas dijerit-jerit, Awang pun keluarkanla credit card kepunyaan
company, dan apalagi, diorang pun swap sekali kad, then bagitau Awang, tak
dapat, so in the end, diorang swap 3 kali kad tu atas alasan transactions were
not successfull. And yes, still they insist that yang diorang still tak dapat
gunakan kad Awang untuk bayar 800TL tu. Awang pun keluarkan la duit 500TL cash
dan bagi kepada diorang. So, Awang pun dah rasa tak sedap hati, dia bangun
untuk terus keluar macam tu saja, masa dia nak keluar tu ada bouncer memang
ikut belakang dia, tak puas hati sebab Awang tak bagi cukup cash untuk bayar
800TL ni. Awang dah cuak, berpaling dan berkata, “itu je yang saya ada, dah tak
ada lagi cash dengan saya, kalau still awak tak puas hati lagi, panggil la
polis, bawak saya ke balai polis, memang saya dah tak ada duit lagi untuk bayar
awak, saya redha je.” Dengar saja perkataan polis tu, diorang pun back off dan Awang pun
keluar dengan selamatnya dari pub tersebut.
Nasib Awang baik, dia ada beli kad
Akbil untuk transporation (ala, macam kad Touch ‘N’ Go tu?) So at least Awang
boleh la balik ke hotel dan memang Awang terus nak balik Malaysia esok tu.
Awang call bank untuk tanya pasal credit card + Awang nak suruh bank cancel
transaction. Tapi malang dah terlambat. Nak tau berapa duit dalam bank dah hilang? RM60,000.
Lesap, disappear into thin air! So Awang ni contact la kenalan Malaysian di
Istanbul, diorang bawak pergi report polis, dan the day just before Awang fly,
pihak polis telefon dan beritahu yang diorang dah tangkap si penyangak tu.
Honestly, saya tak
boleh nak judge dan kata apa yang Awang buat tu 100% salah, cuba kita letakkan
diri kita kat tempat Awang, di tempat orang, kene jerkah dengan orang Turkey
plak, seyes la cuak! Serious scary kalau gaduh dengan orang Turkey, saya dengar
pompuan dia naik angin pun dah cuak, kalau lelaki dia lagi la weh~ Tiba-tiba
teringat saya pergi dekat taman bunga dan ada lelaki marah-marah sambil cabut
tali pinggang (tali pinggang??? Teringat plak time saya nak kene pukul dengan bapak saya masa kecik-kecik sebab bergaduh dalam kereta!) + pegang di tangan sebab ada lelaki lain tenung awek dia, siap
suruh polis yang jaga park tu suruh pergi tangkap lagi mamat yang tenung awek
dia tu.
Cuma mungkin silap Awang di sini, melayan mamat tu bercakap in the
first place. So itu yang saya nak nasihatkan kepada semua. Please bear in mind.
Saya kalau jalan-jalan di area Sultan Ahmet tu ambik gambar bunga, fountain
sorang-sorang, selalu sangat saya nampak lelaki Turk yang tegur tourist, speaks
English, tanya dari mana, abang dia la, cousin dia la ,nenek dia la duduk dekat
negara orang tu. Semua ni cume starting of the trick untuk make that person
feels comfortable and then diorang ajak pergi minum, then senang la nak tipu
sikit. Ye la, dia bawak ke mana, pub mana, orang dia dah tunggu kat corner
mana-mana, how could you know right?
So please, don’t trust anyone here. Nak
datang berjalan, datang. Time jalan-jalan kat Istanbul ni, kalau orang tanya
dari mana ke wat friendly ke, just ignore and walk away. Time bargaining kat Grand Bazaar
tu lain la, but still, please refrain yourself from telling them unnecessary things ok?
Hopefully my entry this time boleh dijadikan pengajaran buat semua, dan buat
Awang, saya memang amat bersimpati atas nasib dia, dan saya mintak maaf kalau
ada tersilap fakta dalam cerita saya ni. Ampun~!!! Tak berniat nak
malukan sesiapa, cuma sekadar berkongsi untuk kepentingan bersama... Till next
time then ;) Bye!
Harap saya x jd mcm Awang nanti. Thanks for sharing.
ReplyDeleteDear mmbaaku,
ReplyDeleteSama2, Insallah selepas ni saya harap semua yang dah baca post ni masing2 akan lebih berhati2 apabila datang ke Turki nanti :)
Thanks for sharing. Saya dan isteri akan singgah di Istanbul pertengahan bulan Nov utk ke Kuwait. Difahamkan di sana masalah pertuturan.Ada ke pelajar malaysia yg boleh bantu untuk guide. tk.
ReplyDeletethx for sharing..we all satu family akan ke istanbul 4 dec ini...boleh suggest any malaysian student yang sanggup jadi our tourist guide.we will pay whaever cost.atau pun utk menyewa van
ReplyDeleteThanks for sharing, wani. Saya akan travel solo ke istanbul 27 march. Ada tak student yg boleh bantu?
ReplyDeleteSalam siti, sorry sebab baru nampak comment ni. I just texted you at google hangout. Anything just let me know ok?
DeleteNat Geo Documentary - Scam City- Istanbul
ReplyDeleteade bab scam pub ni
Ada tak student di istanbul yg boleh jadik guide.kalau ada boleh email saya efy_yatie@yahoo.com.my
ReplyDeleteHati2 lah ke Istanbul... sy letak istanbul sebagai kawasan penyamun... driber taxi pun penyamun
ReplyDeleteKalau nak ikutkan, sebenarnya saya seriously rasa Malaysia jauh lagi bahaya... Banyak kes pecah rumah, rogol, samun dan ragut. The only difference is sebab in Istanbul you rasa negara asing, bahasa asing yang you x paham, jadi you rasa lebih insecure compared dengan negara sendiri. Tapi sejak saya duduk sini dari 5 tahun yang lepas, saya pernah nampak sekali baru kes ragut depan mata saya sendiri di Istanbul. Itupun di kawasan tourist. Dan yang meragut tu pun belum tentu orang Turki.
ReplyDeleteSaya biasa jalan balik kaki malam bawak beg tangan, jawab mesej on phone, x pernah saya rasa takut kena ragut macam waktu saya di Malaysia. Teksi driver? Teksi driver kita pun gangster kan? Mana pun serupa saja...
Di Istanbul, sekiranya anda perempuan, bangsa asing terutamanya, kalau di ragut ke ganggu ke, kalau awak jerit mintak tolong, akan confirm datang 10 orang tolong kejar atau belasah yang meragut / mengganggu... Kalau lelaki lain cerita la skit :)
Satu je la bezanya sekarang, sejak lambakan pelarian Syria, Istanbul x seselamat dulu... Kawasan perumahan berdekatan rumah saya yang dulunya aman jarang2 sekali ada pergaduhan dah jadi mcm lali dengan orang2 syria bergaduh atau kena kejar dengan polis... Now Syrian di Istanbul, sama je macam Indon atau PATI lain di Malaysia...
Thank you for sharing! Btw ad student yg boleh jdi travel guide tak? In shaa Allah dalam 22 ni akan ke sana. Tq��
ReplyDeleteSalam! Saya berkerja dengan travel agency di Istanbul. Kalau perlukan quotation untuk accommodation dan tour di Turkey, boleh email saya terus di Wanie@BarefootPlusTravel.com. As for accommodation, no worries, kitorang tahu you guys suka ambik dari booking.com, so price hotel memang kitorang akan offer murah dari booking.com walau macam mana pun. Hope to hear from you soon! Take care!
DeleteAskm.wanie will u guide me and family members.we are going there on this coming april.keefdesign@yahoo.com
ReplyDelete