Dan tugasku sebagai 'Rakugoka' pun bermula...
Ciaossu!!!
Pada awal bulan Oktober
2011, setelah berbulan-bulan menanti dengan penuh debaran dan doa yang tidak
putus-putus, akhirnya keputusan yang dinanti-nanti diumum jua. Alhamdulillah,
nama saya tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang ditawarkan biasiswa
atau dalam bahasa orang putih ‘scholarship’ oleh kerajaan Turkey untuk menyambungkan
pelajaran di negara terbabit. Mau terjojol kedua-dua biji mata saya melihat
announcement yang dipaparkan di website kedutaan Turkey. Manakan tidak,
berbulan-bulan saya berusaha untuk mendapatkan scholarship bagi melanjutkan
pelajaran di peringkat ‘Master’. Semua gara-gara tidak berpuas hati dengan gaji
yang rendah dan lambakan kerja-kerja di syarikat ABC (nama sebenar dirahsiakan
atas sebab-sebab tertentu!)
Saya boleh dikategorikan sebagai seorang
perempuan yang agak bercita-cita tinggi, oleh itu apabila melihat ada di antara
rakan-rakan seuniversiti sewaktu di peringkat ijazah telah selamat menerima
scroll peringkat Master, mulalah saya tidak senang duduk. Terikat dengan
scholarship yang ditawarkan oleh syarikat ABC sewaktu saya belajar, saya
terpaksa berkhidmat untuk syarikat terbabit selama 5 tahun! Akibatnya, saya
menjadi mati kutu di syarikat terbabit, dengan stress kerja yang kurang
diminati, perangai merepek segelintir rakan setugas dan macam-macam lagi lah! To
cut story short, pada penghujung bulan Oktober saya selamat berada di bumi
Turkey memulakan hidup baru seperti yang diidam-idamkan saya selama
berbulan-bulan yang lepas… Seorang pelajar! <3
Wah, post pertama!!
ReplyDeleteapa nama syarikat ABC tu? hah? hah??!
Haha thx sebab jadi 1st reader and 1st poster! Mesti la x boleh ckp nama pun dirahsiakan kan?
Deletehaha.ABC ke? bukan IJK ke? hehehe ~
ReplyDeletemungkin jugak syarikat XYZ :D
ReplyDeletehuh!! mcm tau je company tu....kiki
ReplyDeletetau dah company ABC tu... hehehe.. congrats wani dpt sambung belajar... jeles gak ni... huhuhu...
ReplyDeleteSkyy Mid, anda dilarang membocorkan rahsia kerajaan~ :D
ReplyDeleteJoeHaNNa, thx! heheh wani pun dulu pueh jeles ngan org lain jugak! haha
Kakak..jealous nyaa...
ReplyDeleteWow, absolutely fantastic blog. I am very glad to have such useful information.
ReplyDeleteThanks For more information visit
หนังตลก