Merhaba!!!
Salam semua, kali ni saya
nak berkongsi cerita tentang perkara yang membimbangkan
yang melanda rakan2 kita di Malaysia. Baru2 ini saya menerima beberapa
mesej di Facebook yang bertanyakan tentang perkara yang
sama, iaitu tentang tawaran pekerjaan yang mereka terima dari
syarikat 'ABC' menerusi job application site (saya x
pasti website apa, tapi salah satunya datang dari website tawaran
pekerjaan untuk negara2 Arab ala2 Jobstreet gitu, tp bukan
Jobstreet tau!)
Saudara kita
yang pertama, ditawarkan jawatan asebagai Engineer, untuk sebuah
syarikat contractor di Istanbul. Dia ditawarkan dengan gaji yang tersagatlah
lumayan; 30,500TL, iaitu dalam kira2 RM45,750++ x termasuk allowances etc. Jadi
disebabkan ragu2, saudara kita ni bertanya pada saya, kalau2 saya kenal
syarikat tersebut atau, kalau2 saya boleh telefon untuk mengsahihkan
tawaran tersebut. Dia forward pada saya surat tawaran kerja, yang mana
ditulis dalam bahasa Inggeris, but of course, sekilas pandang saya rasa x
sedap hati.
Sebabnya satu sahaja, stamp approved at the end of the
letter. Nampak macam stamp jualan lelong kat flyer2 yg slalu kita dapat?
Akhirnya, saya telefon juga number yang tertera di surat, dan guess
what I found, the number doesn't exist. Mengikut surat tu jugak, saudara
kita ni kena bayar a total of $4100 USD untuk semua proses2 visa yang
dikatakan akan dibayar balik pada hari ke-5 selepas memulakan jawatan
tersebut. Dan semua visa2 ni akan diuruskan oleh syarikat Travel
Agency 'Y'. Tetapi of course lah, bila dengar tawaran gaji sebanyak ni,
dengan keadaan negara kita yang ntah apa2 sekarang, siapa x tergoda betul x.
Jadi selepas saya nasihatkan dia yang saya rasa bende ni tipu, sahabat
kita pun batalkan niat dia.
X lama
lepas tu, ada seorang saudari ni menghubungi saya pulak, dia tanya tentang
perkara yang sama. Tapi kali ni saudari ni ditawarkan jawatan nurse di Istanbul.
Di hospital yang bernama Kardikoy... And I was like Kadikoy tu nama center
di Asian side, tapi, x pernah pulak saya dengar nama hospital ni!? Not to mention that, nama tempat tu Kadikoy, and nama hospital ni Kardikoy, terlebih R pulak... And dia
pun tunjukkan surat tawaran pada saya. Gaji yang ditawarkan, perghhh!!!
$9,500 USD iaitu dalam 28,500TL lebih kurang dalam RM40,470!!! Dan
sekali lagi selepas tengok surat tawaran kerja hati saya menyumpah2 (x
pasal2 banyak dosa hari tu, cait!) Kenapa taknye, format, cara penulisan,
headings, semua sama. Yang lain cuma watermark paper terbabit. And of course x
ketinggalan, the famous big ass APRROVED stamp at the end of it. I
was like WTH? Apa purpose stamp ni sebenarnya??? Ko bukannya tengah buat
jualan Courts Mammoth??? I know konon2 nak buat nampak macam sangat legit,
tapi selalunya surat offer letter rasmi x de nak letak bende alah
ni... And of course, dia pun kena bayar visa processing fee yang akan
diuruskan oleh Travel Agency 'Y' ni... dan saya sekali
lagi nasihatkan saudari ni supaya abaikan tawaran kerja ni. Dan yang lebih
parahnya, rupanya bukan dia seorang yang dapat tawaran yang sama, kali ni
offer letter yang sama dihantar secara besar2an kepada sekumpulan jururawat di
Malaysia.
Now, kenapa saya kata
tipu:
1st : TAWARAN
GAJI YANG MEREPEK!!!
- Kalau nak tau, gaji standard
di Istanbul, Turkey, untuk mereka yang berkelulusan ijazah, bermula
dari 1,500TL - 2,500TL sahaja. Takda siapa yang dapat gaji gila2 macam
tu, saya tunjuk offer letter dengan tawaran gaji yang ditawarkan $9,500 -
$10,000 USD, kat orang sini diorang ketawa, siap buat lawak nak join skali
wokeh!
2nd: PENGURUSAN
VISA YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK KE-3
- Okay, maybe la sebab konon2
u guys x reti bahasa Turkey, so guna agency untuk memudahkan process. Still
doubtful. 1, sebab kenapa pulak travel agency yang buat process visa???
Saya pun kerja travel agency jugak, xde pulak company ni buat mende2 alah
ni. 2, slalunya bab working permit and visa ni, kalau kita ditawarkan
kerja oleh syarikat di sini, company tu sendiri yang akan buat working permit
tu dan semuanya ditanggung bersih oleh syarikat terbabit. I am pretty
sure, dia akan suruh you apply online dulu untuk buat extended
visa, or suruh you datang pakai tourist visa, sign contract dengan diorang and
apply working permit while you are working there. And of course semua
ditanggung company. Xde you kena bayar sendiri no matter what. 3, saudara
kita yang pertama ada mesej saya borang visa dia, yang mana memang x sama
langsung dengan borang visa yang saya isi sendiri dari website rasmi imigresen
sini namely GÖÇ İdaresi, which means, borang yang dia dapat tu, FAKE!
3rd: NOMBOR TELEFON
YANG DIBERIKAN
- Kalau ikut nombor telefon
yang diberikan, no dia bermula dengan +90 5xx xxx xx xx. Now, nombor
telefon di Turkey, kalau lepas country code +90 tu nombor 5, that means
telefon tu HP. Kalau landline, contohnya Istanbul, it starts with 212. Meaning
that, kalau nombor landline di Istanbul, akan jadi +90 212 xxx xx xx.
Jadi, meh nak tanya, lojik x kalau syarikat besar, yang mampu bayar gaji
beriban2 ni, x mampu pasang landline kat syarikat dia? Same goes with syarikat
Travel Agency 'Y', nombor dia pun nombor HP, yang mana kalau saya call, nombor
ni x terdapat di dalam perkhidmatan pun!
4th: ALAMAT
- Alamat yang paling obvious,
alamat Travel Agency 'Y'. Alamat dia seperti berikut; Fulya Mahallesi, No: 3/4,
Mecediyekoy, Turkey. X faham apa maknanya? Meh saya translate mengikut adress
Shah Alam konon2. Kalau kat area Shah Alam, address ni akan jadi macam ni;
Seksyen 2, No: 3/4, Shah Alam, Malaysia. Masih x faham? Fulya Mahallesi ni
besar, banyak benor lorong2 nya, paling kurang dia kena state lorong no berapa.
Baru jumpa bangunan tu. Kalau setakat 3/4 sampai tahun depan ko cari pun belum
tentu jumpa! Mecediyekoy tu bapak la besar, macam kalau kat Malaysia you kata
PJ or Shah Alam, mana nak tau kat mana exactly even though dia dah narrowkan ke
Fulya district pun, still impossible nak jumpa tanpa nombor lorong.
5th: WESBITE
- Pergh tawaran hospital ni
memang betul dia beria nak kencing, sebab siap buat website! Nak bagi you
percaya yang hospital ni wujud. But, bile saya masuk website tu, pergi kat
doktor2 panel dia, saya google sekor2. Doktor2 ni kebanyakannya datang dari
tempat yang sama, salah sebuah hospital di DUBAI! Dan gambar2 tu sebenarnya
time conference? Erk? So, memang FAKE!
6th: Big Ass
Apprroved and Guarantee Seal...
- I mean what's with these 2
seals? Macam flyer Courts Mammoth aku tengok? You guys yang mana pernah dapat
offer letter kerja, ada x yang ada tanda cop macam di bawah ni? Another thing,
stamp hospital tu, sangat obvious bende tu digital stamp?
7th: PAYMENT METHOD
- I don't know for sure, tapi
payment untuk Visa ni, disuruh bayar melalui Western Union... Pelik x? Selaluya
kalau apa2, company mesti suruh bank in pakai account bank company. Bila pakai
WU ni, nampak sangat penipu~ (sila baca guna nada Usop Wheelcha + goyang
tangan + muncung mulut)...
8th: PELUANG
- Look, rakyat sini pun suffer
dari issue pengangguran, disebabkan pelarian Syria yang masuk secara ramainya
ke Turki dan kerja dengan gaji serendah2 alam, peluang pekerjaan rakyat Turki
terjejas teruk. Kawan saya sendiri, fresh grad, dah 3 bulan menganggur, mintak
kerja x dapat. So, what makes you think orang sini nak amik orang kita kerja
kat sini mudah2... Nak2 dengan gaji yang sangat tinggi? Sounds too good to be
true? Yep?
9th: BAHASA
- Negara Turki bukan
pentingkan bahasa Inggeris pun. Rata2 rakyat sini memang x tau English
langsung! So kalau you tak tahu bahasa Turki, chances you nak dapat kerja elok
with stable salary tu is very very low. So basically, nak survive kerja sini,
dengan company sini, you kena tahu bahasa Turki. Kalau yang x tahu bahasa Turki
tapi kerja sini tu, selalunya dihantar oleh company dari Malaysia, bukan direct
employed dari sini.
Conclusion,
kepada rakyat Malaysia, saya mintak agar berhati2 dengan tawaran pekerjaan seperti
ini. Sebab banyak sangat keraguan dari yang sahih. Saya tau, keadaan negara
kita yang makin tenat in terms of economy, membuatkan ramai nak lari keluar
dari Malaysia. But percayalah, negara ni pun bukannya pilihan yang tepat
sangat... Terutamanya dengan mentality orang kita yang mudah tersentuh isu2
keagamaan, Istanbul is not the place untuk orang macam ini, especially
Ustaz/Ustazah FB.
Saya tau keadaan
mendesak boleh buat kita berfikiran secara kurang waras, excited bile tengok
tawaran gaji yang tinggi. Sanggup tinggal everything kat Malaysia untuk ambik
peluang keemasan ni. But fikirlah baik2, kalau you bujang, things goes wrong,
at least you susah sorang (kalau x kesian mak bapak kat M'sia la)... But kalau
yang ada anak bini? Sebagai ketua keluarga, pikir la secara lojik, bukan
emosi... Jadi apa2, x kesian kat anak bini? Dulu saya x berapa nak appreciate
pepatah ni. Tapi ada benarnya... Orang tua2 selalu kata; "Hujan emas di
negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri..."
THE END, WASSALAM
Sorry for the long post, nah
cekodok pisang!!!
As salam... Bolih dpt email add tak? Nak tanya pasal job kat turki
ReplyDelete