Merhaba!!!
Salam semua, baru2 ni bila saya check stats blog saya, saya dapati
ramai orang google tentang shopping di Istanbul. Since dah lama saya post pasal
shopping guidelines in Istanbul tu, kali ni saya nak share lagi sekali, with an
updated version of it.
1st of all you need to ask yourself, what do you want to
buy? Barang jenis apa? Then you decide, nak ke area mana berdasarkan apa yang
saya akan share di sini:
GRAND BAZAAR
Grand Bazaar ni menarik gila
sebenarnya, ada lebih kurang 4000 kedai kat dalam ni, dan ada lebih kurang 61
lorong di dalam Grand Bazaar. Kalau nak cakap pasal Grand Bazaar, it is just
like a big maze. Confirm sesat! Apa2 pun, bila masuk Grand Bazaar kena
beringat, semua harga di dalam Grand Bazaar merupakan harga tourist. Jadi kena
bijak menawar. That’s one thing important about Grand Bazaar, nak shopping kena
menawar, buat macam Chow Kit skit.
Saya boleh bagi tips, apa pun price dia bukak, mintak separuh dari
harga tersebut. After that pandai2 la korang J.
Never show that you gila2 teringin benda tu, sebab diorang pandai baca muka,
buat biasa2 je, as if “Ko x nak bagi aku harga tu? Fine, aku beli kat kedai
lain / kedai lain berlambak!” then peluang you untuk dapat harga yang you nak
lebih tinggi. Tapi jangan la korang mintak harga merepek pulak. Below are some
price examples:
• Shawl – 12TL ke atas (depends atas jenis dan kualiti, paling bodow shawl
kosong memang dalam 12TL shaja, mostly tahun ni dia letak harga 15TL). Kalau
you tanya shawl satin, memang confirm la harga 70TL ke atas. Belum masuk shawl
yang ada batu Swarovski lagi!
• Porcelain Iznik – maksud saya yang pinggan or mangkuk ada design embossed. Depends
on size, slalunya mangkuk kecik dalam 10TL and harga dia meningkat ikut size.
And kalau you beli kat Grand Bazaar, please refrain from using them for food,
sebab x selamat. Sebab tu dia murah, lain la kalau you beli kat Chez Galip in
Cappadocia, satu cawan harga 90$ USD, ha yang tu you boleh pakai buat minum
air!
• Glass Lamp – Yang ni memang cantik. Banyak betul tergantung2 kat dalam Grand Bazaar. Ada banyak size, ada yang jenis lampu meja, ada yang jenis lampu gantung, harga semua berubah mengikut size. Kalau yang jenis berangkai2 tu pulak, harga berubah2 mengikut berapa biji lampu in total. Slalu kalau yang lampu meja kecik harga starting dalam 40TL macam tu, kalau jenis lampu gantung yang ada 7 ketul lampu tu pulak mau cecah 250TL++! Apa2 pun, ikut selera. And x perlu risau, kaca lampu tu boleh dipilih mengikut selera korang. Kalau beli lampu kaki yang ada 9 ketul berangkai lampu tu korang nak buat warna pelangi pun boley! Janji, duit.
• Turkish Tea Set - Ni pun depends atas design,
kalau design standard x de la bling2 sangat harga dia lebih kurang 25TL – 30TL
sekotak. Dalam satu kotak tu ada 6 cawan dengan piring dia skali. And slalu
yang bling2 cantik dalam tray dia display tu, bukan Turkish tea set, itu untuk
Turkish coffee, siap ada design berlian2 gitew… Yang tu memang confirm mahal!
• Leather Coat – ni saya nak pesan, saya tak cadangkan beli baju kulit di Grand
Bazaar. Sebab kebanyakannya either tipu, or harga dia letak gila2. Tapi kalau
you memang jenis pandai tengok leather, silakan.
• Carpet – ni pun satu, saya x cadangkan beli carpet di Grand Bazaar. Sebab
memang sangat banyak yang menipu or cekik darah. So x worth it langsung
• Kekacang – Ok, kalau nak beli bende ni, baik beli dkt area Tahtakale or
Spice Bazaar. What are those places? I akan explain kat bawah!
• Spices – Nope, beli dekat spice bazaar, sebab lagi banyak pilihan.
• T-Shirt – Yup, boleh beli,
but again, bargain! Starting price tahun 2015 standard price 15TL sehelai.
• Magnets & Keychain – ha yang
ni boleh beli. Slalunya magnet fridge biasa2 tu harga dia 3-4TL satu, beli 4 10TL.
Keychain slalunya satu dalam 1-2TL. Ramai yang tanya kenapa ada batu biru macam
mata dekat most keychain dkt sini? Itu namanya Nazar Bonju. Evil Eye Bead.
About Nazar Bonju / Evil
Eye Bead
Merupakan kepercayaan
kurafat orang Turki, dimana mereka mempercayai bahawa evil eye bead dapat melindungi mereka dari ‘ain’ atau niat
jahat dari orang sekeliling. Dikatakan evil eye bead ni berasal dari mitos
Medusa, di mana mata Medusa berwarna biru. Seperti mana semua yang merenung
terus ke dalam mata Medusa akan bertukar menjadi batu, seperti mana akhirnya
Medusa ditewaskan oleh seorang askar yang menggunakan perisainya sebagai
cermin, dan Medusa bertukar menjadi batu apabila melihat diri sendiri di
perisai tersebut, maka orang Turki mengambil konsep terbabit dan terciptalah
evil eye bead ini. Ada juga yang mengatakan bahawa evil eye bead ni berasal
dari the Eye of Horus dari tamadun Mesir.
Macam mana nak
datang Grand Bazaar? Naik sahaja tramvay, dan turun di station Beyazit, Kapali
Carsi. Apa yang menarik di sekitar Grand Bazaar? Kalau nak tau, pintu gerbang
Istanbul University yang di bina sejak tahun 1453 oleh Sultan Mehmed II di
zaman Turki Uthmaniyyah dulu. So apa lagi? Go straight to that big ass entrance
and selfie!
Istanbul University Main Entrance |
SPICE BAZAAR
Ok, Spice Bazaar atau nama lainnya Egyptian Bazaar, terletak di
Eminonu. Berhampiran New Mosque di Eminonu, satu lagi tarikan pelancong yang
famous. Apa ada dekat Spice Bazaar? Well, kalau tengok nama, confirm la spice!
But of course, ada juga bende2 lain yang dijual kat dalam ni. But mostly dekat
Spice Bazaar, you akan banyak jumpa spice and Turkish Delight / Lokum.
Nak beli lokum di sini, especially yang pakai timbang berat tu, bertawar sikit. Jangan kurang banyak sangat, but still tawar harga dia. But trust me standard Turkish Delight biasa you boleh beli yang siap bungkus dalam kotak. Sekotak dalam 10-15TL. But kalau you nak rasa something yang berlainan, then go ahead try yang bersusun cantik tu. Kebanyakan yang tu flavor dia lebih banyak, lebih trendy, dan yang penting ada yang dibuat dari honey 100%.
But when I said it is made from honey, beware of the price. Harga starting lokum yang diperbuat dengan madu ni, selalunya roughly around 70TL / kg or more. Slalu saya beli 200gram makan sorang pun lama nak habis, but no worries sebab bende ni x basi haha. Spice Bazaar ni x besar macam Grand Bazaar, but di tepi Spice Bazaar ni ada area jual bermacam2 jenis cheese, daging kering, sayur jeruk dan juga ikan. So yang mana taste bud adventurous sikit, boleh la try. Walaupun Spice Bazaar ni kecil, but ada satu tempat menarik di belakang Spice Bazaar ni, nak tau lebih lanjut? Read below!
TAHTAKALE
Psst.. Nak tau x? Tahtakale ni
sebenarnya antara tempat termurah di Istanbul. Terletak di belakang Spice
Bazaar, Tahtakale ni merupakan tempat di mana most Turkish datang untuk beli
macam2 bende mak nenek. Dari kopi, lokum, kacang, kitchen utensils, birthday
party stuff, jaket, parang, cangkul, dumb bell, macam2 lagi la. Oh BTW, kepada
mereka yang suka kopi… Ha ni nak bagi tau, brand kopi turki yang femes Mehmet
Efendi Turkish Coffee tu, ada terdapat di Tahtakale. Kedai dia dekat je dengan
Spice Bazaar. Katakan kalau u masuk Spice Bazaar from the front door, kalau you
jalan straight sampai keluar balik belah belakang Spice Bazaar ni, you akan
terus sampai berdepan dengan kedai kopi ni. Macam mana nak kenal kedai kopi ni?
1st clue tengok line yang panjang x hengat. Selama saya duduk sini,
berkali2 saya pergi pun line dia tetap sama, panjang. And of course la 2nd
clue is the biggest, bau kopi yang harum semerbak! By the way kalau you beli
kopi ni dekat sini, harga dia murah sangat2 berbanding beli yang dalam tin
dekat area Grand Bazaar, mahal x hengat!
Tahtakale |
Apa2 pun kalau ke tahtakale, x
perlu nak bargain sangat2 dah, sebab kawasan ni memang dah murah, dan harga
barang2 yang dijual di kawasan ni kebanyakannya memang untuk peniaga, kawasan
wholeseller.
MAHMUTPAŞA
Ok ni satu lagi kawasan di
belakang kawasan Grand Bazaar. Kalau Tahtakale terletak di belakang Spice
Bazaar, Mahmutpasa ni terletak di belakang Grand Bazaar. Kawasan ni pun murah
berbanding Grand Bazaar, tapi mostly banyak jual tekstil product. Kalau
teringin jubah2 Turki pun, boleh jumpa di kawasan ni. Kalau jalan2 di area ni,
dari Grand Bazaar, jalan terus menurun, you can reach kawasan Eminonu, kawasan
di mana terletaknya Spice Bazaar. Jadi secara kesimpulannya, Grand Bazaar ni
macam satu kawasan di atas bukit, dan bila keluar dari belakang Grand Bazaar
menurun bukit, korang akan sampai ke area Eminonu. Just kena rajin jalan la,
menurun tak apa, kalau memanjat? Hahaha semput!
Perlu diingatkan, barang2 yang terdapat di area seperti Grand Bazaar tak mudah didapati di kawasan lain di Istanbul, kecuali kawasan tourist. Maknanya maybe you akan jumpa barang2 yang sama di kawasan Sultanahmet, Gulhane, Sirkeci and of course, kalau you jalan kaki di kawasan2 ini, semuanya mengahal back to Eminonu. So kalau nak beli apa2 touristic souvenir, saya memang cadangkan you guys beli je kat kawasan2 di atas.
Ok, so far I think cukup untuk kali ni. Kalau
nak tau lebih tempat2 shopping spot in Istanbul, teruskan membaca, saya akan
share lagi tempat2 syiok untuk shopping di Turki! Görüşürüz!