Monday, December 24, 2012

Shopping Guidelines in Istanbul

Mahal vs. Murah

Ciaossu!!!

      Wah, pejam celik pejam celik dah lama saya tak update blog ni. Ampun!!! Sejak habis kursus bahasa Turki pada bulan Jun lepas, saya pulang bercuti ke Malaysia sementara menunggu result kemasukan ke universiti. Dah masuk university plak, busy tahap cipan terbang sampai tak tertulis2 blog ni! Sedar tak sedar dah habis satu semester!

       Ok, back to our topic, saya difahamkan list of students yang dapat scholarship kerajaan Turkey tahun ini telah pun di umumkan. Jadi kepada yang dapat, tahniah or 'tebrikler' bak kata orang Turkey...

       So before coming to Istanbul, untuk bakal2 student ke, untuk bakal2 tourists ke, satu pesanan saya, sila ambik pot apa yang mahal dan apa yang murah di sini. Jadi kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya selama saya tinggal di Istanbul.

       Istanbul mempunyai banyak tempat2 menarik untuk dilawati, dan of course, bila tempat banyak tourists, banyaklah jugak tempat2 untuk 'bershopping' sakan! Seperti semua tempat, barang2 di Istanbul juga merangkumi range murah, sederhana mahal, mahal dan mahal melampau! Jadi kepada yang ada limited budget (bukanlah mereka yang memang tidur beralaskan duit) Kenalah ambil tahu apa yang mahal dan apa yang murah.

       First of all, barangan ELECTRONIC di Turkey memang mahal! Jadi, kalau datang sini, lupakan je cerita barangan electronic, serious saya katakan kat Malaysia lagi murah! Contohnya, laptop di Malaysia, kalau sepcification yang basic2 tu pun, busuk2 pun RM900+ pun dah boleh dapat (kalau tak silap saya la, last saya tengok pamphlet Dell dalam range tu harga dia. Di Istanbul, sebuah laptop dengan specifications yang paling basic pun dalam RM2000++ ke atas... Jadi, untuk bakal2 student, sila lah bawak laptop dari Malaysia, jangan kata saya tak pesan ya! Handphone pun sama, contoh harga Samsung Galaxy S-Plus masa mula2 keluar dulu, harga di Istanbul dan di Malaysia adalah sama, kecuali harga di sini dalam matawang Turkey, jadi roughly kena la kali 1.69 (mengikut conversion rate untuk hari ini), jadi last2 tetap mahal.
 
      Ok part barang murah, yang ni sure ramai suka nak tau. Di Istanbul ni, kalau kena tempat shopping nya memang murah, kena pulak tau cakap Turki, lagi murah! Setakat saya di sini, kalau anda tak kisah dengan branded items ke tak, apparel for men and women are cheap here. Contoh baju perempuan yang kain jenis stretchable (kain berat setengah orang panggil) kalau di Malaysia, yang berlengan panjang boleh dapat dalam RM50++ kalau design yang cantik. Di sini, anda boleh dapat dalam range RM30-40. Baju2 untuk kaum adam pulak, baju2 shirt berbutang untuk ke ofis, boleh didapati dalam pelbagai design dan warna yang memang cantik, dalam range RM30-60 sehelai. But no worries, even though kalau anda beli yang murah RM30 sehelai pun, kualitinya tetap bagus, warna tidak mudah pudar.

      Di Istanbul, terdapat banyak barangan imitation, hand bag berjenama Louis Vuitton boleh didapati di tepi2 jalan! Yang standard harga saya selalu nampak bermula dalam RM20 untuk purse LV. What about workmanship? Acceptable of course!

      Kebanyakan tourists yang datang sini, pasti akan dibawa ke Laleli (Istanbul University terletak di sini, ianya merupakan universiti tertua dan terkenal di Turkey) & The Grand Bazaar di Beyazit. Di tempat ni memang syiok untuk ber'shopping' tapi, harganya, memang sangat berbeza berbanding di tempat lain (tambah lagi tengok anda tourist, lagi la dia 'top up' harga gila2! Contohnya, standard harga pashmina di tempat lain, adalah dalam range RM10-20, but in The Grand Bazaar, harga untuk product yang sama, starts from RM30! So apa lagi? Buat la macam Petaling Street or Chow Kit, do something that people call bargain! Mungkin anda tidak akan dapat semurah kalau anda boleh cakap bahasa Turki, but at least, tak la kene cekik darah... 
iPhone 16GB saya nampak dekat Cevahir Mall baru2 ni, dalam 2000TL, meanwhile iPhone 64GB kat Malaysia baru dalam RM2800 mcm tu kanBak kata Nabil lu pikirlah sendiri!

      Sorry disebabkan post kali ini dibuat secara terburu2 saya tak sempat nak masukkan apa2 gambar, so nanti kalau ada kesempatan saya masukkan gambar ok? Out!!!


P/S: Kepada yang berminat nak baca dengan lebih lanjut tentang shopping di Istanbul, boleh layari website baru saya Istanbul Oh Istanbul untuk more updated post. Xyah la korang asyik baca post lama ni kan, dah basi dah info ni!