Sunday, December 29, 2013

Jangan Disangka Air Yang Tenang Tiada Buaya... Last2 Keluar Dragon!!!

Ha... Kan Dah Kena!


Merhaba!!!

Drama dalam tramvay hari ini:

Scene: Tramvay yang penuh sesak dengan penumpang, saya, mama, mummy and jasmine berhimpit2, tiba2 masuk sepasang kekasih turki himpit2 jugak, dan sound2 mama dlm bahasa turki sebab kononnya ada tempat kosong boleh masuk lebih dalam ke perut tramvay tp x masuk. Yang nyatanya tpt tu ada lelaki duduk dukung anak umur 5-6 tahun atas riba mmg x de space pun nak asak. Perbualan 'loving kapel' ni dlm turkish so saya je fhm mama dll x paham:

Jantan A: Hey cik kak, pergi la masuk situ sikit, kan ada space tu, Allah...

*sambil buat muka meluat sambil continue bebel2 and konon2 caring pasal gf*

Jantan A: Sayang, awak ok ke, awak sure nak naik ni? Apa kata kita tukar naik bus lepas ni, rehat sikit.

Makwe bertudung jantan A: Xpe, x kisah kita boleh naik ni *konon2 lembut dan ayu*

*Jantan A sambung bebel2 sebab mama x gerak2, dia sibuk nak masuk ke tengah sbb nak dptkan seat duduk yg mmg tgh penuh. Makwe bertudung yg konon ayu pun asak2 mama dgn tolak2 tgn mama konon2 dgn muka meluat sbb konon2 halang diorang dari masuk ke tgh perut tramvay. Bile tram stop after few stations, akibat bosan dgr lelaki A bebel2, and boleh masuk ke dalam skit, mama pun tunggu org turun dulu supaya boleh masuk lebih dalam, tp loving kapel ni x nyempat2 and asak2 mama, mama naik darah dan menjerit dgn nada marah:

Mama: Sabarlah!!!
Jantan A: Apa ko ckp ha? *dalam bahasa turki*

*Mama masuk lebih dalam, jantan A continue bebel2 dalam bahasa turki dekat penumpang lain:

Jantan A: Sini turki la, nak buat rehat2 macam tpt dia, ntah apa2... bla bla bla...

*Dan bebelan dia continue mengalahkan bebelan mama masa tgh marah! Saya naik darah sebab kitorang dah sabar dekat 20 min dia bebel2 dalam bahasa turki kuat2 konon2 sbb kitorang x fhm bahasa dia, so sedap la dia mengutuk. So apa lagi?:

Saya: Weh apa ko ckp ha??!! Ko igt aku foreigner aku x fhm bahasa turki ke hah? Dah xde space, kalau ada space utk aku asak masuk dalam aku masuk la!?
Jantan A: Apa ko ckp, aku bukan ckp psl ko, kenapa ko nak marah2 plak?
Saya: Apa hal plak ko x ckp psl kitorang, dah kata tramvay penuh sabar la, kalau dah x berckp pasal kitorang yg ko tu membebel x abis2 pehal? Shut up?
Jantan A: Aku x ckp psl ko...

*Awek konon2 ayu bertudung menyampuk marah sbb saya maki bf dia*

Awek betudung jantan A: Eh, sister kitorang x ckp psl awak la (ayat cover line sbb dah malu berok)
Saya: Dah kalau x ckp psl kitorang diam la, asal membebel lagi? Shut up?
Jantan A: But...
Saya: Shut up? Diam? Cakap apa lagi?

*Jantan A pandang ke lain sambil mengomel2 sbb malu tp pura2 x malu and x bersalah*

Saya: Allah2 still nak berckp lagi?!

*Penumpang lain ternganga sebab jantan A kene maki bersepai dlm bahasa sendiri oleh foreigner, 2 org perempuan turki berdekatan dgn aku pandang saya dgn wajah simpati dan geleng2 kepala sbb perangai 'loving kapel' ntah apa2. Dan siap ada pulak akak turki depan saya ni, tegur tanya kitorang dari mana, dan in the end dia plak mintak maaf berkali2 dgn kitorang sbb perangai 'loving kapel' tu mcm haram. Bodoh memalukan! Bile kitorang paling tgk, 'kapel' bongok tu dah dpt tempat duduk and kepala dah lentok atas satu sama lain... Ooo padanla gelepor sgt, nak duduk beromantik dlm tram... Poyo lebih jantan tu, betina tu pun bangang sbb nak jantan mcm tu, membebel mcm bontot ayam!
APTB!*
 
 

Sunday, November 17, 2013

Special Post for Malaysian Students in Egypt

Nasihat Ikhlas Dari Istanbul to Our Fellow Malaysian Students from Egypt

Merhaba!!!

         Ok kali ini, saya tergerak hati nak menulis post ini yang mana saya tujukan khas buat student2 Malaysia bidang perubatan yang berada di Mesir. Dipendekkan cerita yang panjang, ada quite a number of medical students yang contact saya di Facebook bertanyakan tentang perkara yang sama dan cerita yang sama, iaitu, berkaitan nak transfer kredit pembelajaran mereka dari university di Mesir ke university di Turkey.

             Ok, back to our topic, saya difahamkan kebelakangan ni disebabkan oleh keadaan politik Mesir yang kurang stabil, ramai student kita di Mesir yang tengah duk pikir2 nak cari kayu, nak cari kayu... (dialog dalam cerita Labu Labi bagi budak2 zaman sekarang yang x tengok cerita P.Ramlee!) Haha mestilah bukan! Mereka tengah fikir2 nak datang sambung pelajaran mereka di Turkey ataupun terus je sambung di Mesir.

        So bagi yang dah tergolek2 (macam dalam cerita hindustan tu!) berminat dengan offer yang ditawarkan oleh pihak agent yang 'konon2' nak membantu student2 ini, before coming to Istanbul, tolong fikir masak2. Terlebih masak x apa, jangan mentah sudah!


         
         Saya difahamkan bahawa, agent2 ini menaburkan janji2 manis kepada anda2 semua, contohnya:


  • Anda akan sambung belajar dalam bahasa 'omputeh' atau lebih dikenali dengan English.
  • Anda boleh buat kursus bahasa Turkey sambil2 sambung degree di university.
  • Anda dapat apply scholarship kerajaan apabila sampai di Turkey nanti.
  • Anda dijanjikan tempat di university (saya x tahu tentang kesahihan cerita ini, tapi dari apa yang saya dengar ada yang bagitau saya begini)

           Sekarang ni, saya akan cakap terus terang dengan anda semua, saya harap xkan ada yang terasa hati dengan apa yang saya cakap. Sebab bende ni tak ada kene mengena dengan saya pun sebenarnya, saya ni cuma nak beri point of view tentang kehidupan sebagai student di Turkey. Now, kalau anda benar2 nak datang sambung belajar di Turkey secara transfer kredit ke apa ke, please bear in mind tolonglah jangan datang sini dengan 'American Dreams'. Meaning that, kemungkinan BESAR anda akan belajar di university in Turkish. Kepada yang nak berdebat "Eh, x la, sebab wakil agent tu kata, bla bla bla bla bla...." I will only say one thing. Mengikut pengetahuan saya yang x seberapa ni, di Istanbul kalau university kerajaan cuma Bogazici University sahaja yang offer semua courses in English. And dekat university lain, 'maalasef' or sorry to say, memang medium pembelajaran in Turkish. Walaupun 'seglemer' mana pun university tu, diorang mesti nak guna bahasa Turki jugak! And another thing yang saya nak ketengahkan di sini, ramai di antara anda semua yang target university yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. For your information, banyak university di sini which are not recognized, ini bukan sebab university kat sini lousy, tapi sebab for a university to be listed in world ranking, diorang kene banyak publish paper in English. And sadly, banyak university di sini walaupun jauh lebih baik dari kebanyakan university di Malaysia, tapi sebab x banyak publish paper in English, so they are not recognized! And because of this, ramai yang tanya tentang Ankara University (sebab university ini diiktiraf kerajaan), tapi kalau nak tau, in Ankara University, Faculty of Medicine dia xde in English, it's only in Turkish. So, "Lu pikirlah sendiri!" (bab kata Nabil).
 
          For example, university yang agak famous untuk bidang perubatan, antaranya University Hacattepe di Ankara (ranked as no.1 for Medicine field in Turkey), walaupun mereka ada offer course Medic in English, still diorang deliver lectures in half english and half turkish. Another example, x payah tengok jauh la, even at the university yang I attend pun, Istanbul Technical University is also considered as one of the prestigious university in Istanbul. Rata2 student di university ni memang boleh berbahasa inggeris dengan baik, lecturers pun sama. Tapi bile ada kelas yang in English, kalau dia tengok majority of the class are Turkish, diorang memang cakap je in Turkish language! So in the end, macam yang saya cakap, kalau they told you your course is going to be in English, BIG POSSIBILITY exam or nota akan diberi dalam bahasa Inggeris tapi lectures tetap will be in Turkish. Mungkin anda akan kata, "Ini tidak adil!" (again, dialog cerita P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul) but then again, that's the ugly truth yang anda perlu tahu tentang belajar di universiti2 di Turkey.  


           Ok habis cerita tentang medium pembelajaran, pasal tentang boleh datang sini and sambil buat degree sambil buat kursus bahasa Turki. Please, tolonglah jangan buat kerja gila ni. Mungkin anda semua dah hebat berbahasa Arab, walaupun ada persamaan, tapi saya still rasa it's not that easy. Saya cadangkan kalau nak datang sini, sila datang, belajar bahasa Turki dulu sampai habis, then baru start university. Sebab kalau x, that's considered as suicide. For your information, saya dah tinggal di sini for 2 years, ya saya boleh berbahasa Turki (walaupun x la tahap dewa), tapi cukup untuk survive di sini. Apa2 pun bila saya dalam kelas saya tetap x dapat faham sepenuhnya apa yang lecturer saya cakap. Contoh pertama, classmate saya (orang Turki) ternganga dengar lecturer mengajar, dan apabila kelas habis saya tanya dia faham x? Katanya "Tak!" Kalau dia, native speaker pun ada masalah nak faham akademik language, apatah lagi kita orang luar? Another example, sekali ni ada saya bersembang dengan classmate saya, pun orang Turki. Saya bercakap pasal saya x faham apa yang lecturer tu sampaikan mungkin sebab saya bukan native speaker and my Turkish is bad. Katanya "Wallah Wani, walaupun saya ni orang Turki, saya sendiri pun x faham sangat apa dia cakap kadang2 sebab dia kadang2 guna bahasa Osmanli!" Bahasa Osmanli ni bahasa Turki zaman dulu2, jadi xde la sama sangat dengan bahasa Turki sekarang. Another example, kawan kelas bahasa Turki saya dulu, she is the 2nd best student in class and kalau dia cakap Turkish on street memang superb dan orang akan pandang dengan mata berkelip2 sebab baku habis! Grammar, perfect! But, dia pun ada masalah di university, apabila lecturer mengajar, dia x faham sangat katanya apa yang disampaikan. Mungkin kami x berapa cerdik macam anda semua, mungkin anda semua akan tempuhi benda2 ni dengan lebih hebat dan mampu kuasai bahasa dia dengan bestnya. Wallahualam.

              Sekarang kita masuk pulak bab scholarship. Ni satu hal jugak. Memang anda boleh apply scholarship bila sampai di sini, tapi siapa tahu anda confirm dapat ke x? Kalau dapat, memang best, kalau x dapat? Baru selok kera mung! Hah, kan dah keluar bahasa Terengganu! Seriously, bukan sedikit amount student yang apply, ramai student yang apply scholarship ni, so kalau agent tu kata memang you boleh dapat, tolong la jangan percaya, kecuali la scholarship tu tajaan dari agent tu sendiri.

              Another issue is, confirm x dapat tempat di university? Jangan percaya kata agent 100%, make sure agent tu show offer letter dari university ke apa ke. Confirmkan memang you dapat tempat, baru datang. Kalau anda semua datang dengan harapan tinggi menggunung, tiba2 x dapat tempat di university? Apa anda semua nak buat? Menangis sebaldi? Atau tolong abang jual 'kestane' (buah berangan) dekat Sultan Ahmet? Atau jual simit (roti bagel)? Atau jual set geometri kaler2 dekat Sultan Ahmet (kene lari angkut meja kalau majlis pembandaran datang tau!). Ada jugak saya dengar yang kata x perlu ambik apa2 exam kecuali exam bahasa untuk masuk ke university. Sila pastikan betul2 cerita ni, sebab sangat x lojik bunyinya, kalau nak masuk university di Turki dalam bidang perubatan semudah itu, saya rasa ramai gila orang nak datang sini belajar medic. Jangan kata pasal ni, confirm kalau cerita ni sampai ke telinga orang Turki, esok pagi akan ramailah parents orang2 Turki akan datang ke pejabat Higher Ministry of Education complaint kenapa pelajar Malaysia cuma perlu buat exam bahasa sedangkan anak2 mereka kena amik exam YGS yang susah tu untuk masuk university? Belum lagi bahagian nak masuk bidang perubatan!


Abang jual 'Kestane' atau dengan nama lainnya buah berangan.


Pakcik jual roti 'Simit'

            Pada yang dah confirm akan datang or pada yang ingin tahu, cost sara hidup di Istanbul adalah lebih kurang sama dengan cost sara hidup di KL. Cuma, segalanya dalam matawang Lira, jadi bayangkan living cost in KL, compare 1:1 to Istanbul but dalam matawang Lira. As simple as that. But electronics mahal. Lain2 tu, lebih kurang je. Pasal sewa rumah, murah compared to KL or Selangor. Dekat Istanbul, you can get a good house starting from 500TL-800TL depends on area mana you duduk. But price ni normally untuk rumah kosong ye, bukan yang fully furnish. Fully furnish slalunya starts from 850-1k++. And bear in mind, kebanyakan penyewa di sini, x mahu sewakan rumah kepada student, especially kalau only 1 person. Kalau dia nak sewakan kepada student, normally sewa rumah jadi mahal sikit, sebab diorang rasa, oh diorang student, sewa ramai2, so I can make money out of it.

             Tentang budaya mereka? X jauh beza sangat la dengan orang Malaysia, after all diorang 98% Muslim, so ada persamaannya tu. Cuma, orang sini banyak yang berfahaman sekular. Makanan memang rata2 halal, tapi penjualan arak adalah terbuka. Kedai makan kalau ada jual arak memang perkara biasa, apa2 pun, diorang x de la campur arak dalam makanan diorang. Babi ada jual, but it's not a common thing and could only be found at extremely big Migros (mcm Giant kat Malaysia), tapi memang jarang sangat nampak, saya pun dapat tau semalam perkara ni, sebab bercakap dengan rakan bukan Islam. Kalau saya sendiri, x pernah nampak! Or anda pergi hotel 5 stars, mungkin akan ada ham slice for breakfast, itupun sebab ramai international clients, so diorang import khas for that purpose. Pasal akhlak ni, x payah la cakap orang Turkey, mana2 pun kat dunia ni ada orang jahat ada orang baik. Orang melayu sendiri pun ada yang bertudung litup tapi akhlak kalah puak liberal di Turki. Cuma tinggal 'cover line' je so x nampaklah. Tapi puak2 sekular di sini, memang agama 'ke laut'. Diorang muslim, tapi memang x ambik 'pot' pasal agama. Pendek kata agama atas nama sahaja. Tapi ada juga yang baik. Itulah sebabnya saya kata never judge a book by its cover. Orang kita suka buat kesilapan dari segi ni. So tolong buang minded tu jauh2. Kadang2 yang nampak liberal tu lebih berpengetahuan dalam agama berbanding dengan yang bertudung sebab tekanan keluarga dan masyarakat. Wallahualam. Allah S.W.T je yang mampu judge kita jadi saya xnak cakap lebih2 regarding ni ok!

              So setakat ni sahajalah yang dapat saya sampaikan pada anda semua. Nak dengar ke x nak dengar ke terpulanglah. Mungkin anda rasa "Eleh, akak tu cakap menipu la tu sebab dia jeles!" Suka hati lah nak rasa macam mana. Saya x pernah nak larang anda dari datang, kalau betul nak datang, sila datang, kalau ada masalah, boleh tanya saya untuk information. Saya akan bantu selagi boleh. Cuma saya xnak anda datang ke sini dengan impian menggunung only to see everything is not as it seems or not as promised. Saya cuma bayangkan, kalaulah anda dah complete few years in Egypt, datang sini, transfer credit, and kene belajar dalam bahasa Turki, especially when you don't know that language at all, you could fail in all of your classes, credit anda jatuh menjunam, dari elok2 boleh graduate, langsung kene packing balik kampung. Kalau anda bersedia untuk face all these worse case scenario yang saya katakan silalah datang and kalau you guys need help do not hesitate to contact me (it doesn't mean you akan face it ya, jangan salah faham pulak! And jangan pulak asyik think terlampau positive, dalam case ni anda kene fikir worse case scenario, sebab ni melibatkan masa depan anda sendiri, bukan masa depan abang jual 'Kestane' tu!). So anyway, I wish you all think properly before making your decision. !بالتوفيق

Wednesday, August 7, 2013

Guidelines for Public Transportation in Istanbul

Jalan-Jalan Cari Pasal Di Istanbul Part 1

Merhaba!!!

           
          Hi, post kali ni akan berkisar tentang public transportation yang terdapat di Istanbul. So kepada sesiapa yang nak datang melawat Istanbul, saya harap post ni dapat memberikan informasi-informasi berguna kepada anda semua. But please bear in mind there might be public transportation yang ada yang saya tak mampu nak terangkan sebab saya sendiri pun tak pernah guna! At least, setakat anda nak berjalan-jalan di Istanbul ni, saya rasa apa yang saya akan terangkan di sini dah memadai untuk anda gunakan ketika percutian anda di Istanbul…

Perkara penting yang patut anda lakukan sebelum berjalan-jalan di Istanbul…


          Okay, in my previous post saya dah bagitau pasal Istanbul Kad kan? So sekali lagi saya nak ingatkan sebelum start berjalan-jalan around Istanbul please get a hold of this card. Bukan apa, with this card your journey akan jadi lebih smooth, sebab cepat, efficient and lebih murah. Don't forget kalau guna kad ni memang tramvay fee is reduced by 1TL = RM1.70. So apa lagi? Dah beli and reload kad tu? So let's move on to the transportation part. Kepada yang still blur apa Istanbul Kad ni, please refer to my previous post:





Macam mana Istanbulite bergerak dari satu tempat ke satu tempat?


          Jeng jeng jeng~ Surprise!!! Naik kereta la mesti! Tapi of course la tak semua, sebab Istanbul ni class distribution dia tak balance, kalau kena yang kaya, melampau kayanya, kalau kena yang susah, melampau pulak susahnya… Susah nak cari betul2 middle class kat sini, either family senang atau susah, tengah-tengah tu macam susah sikit nak jumpa. Anyway, dah terbabas topik lain pulak, back to the transportation. Bagi Istanbulite yang tidak mempunyai kereta (macam saya jugak!) amatlah tidak terasa hati sekalipun. Sebab, public transportation di Istanbul teramatlah convenient. So walaupun saya di Malaysia nak pergi 7-11 500m depan rumah tu pun ha, naik kereta. Kat sini, saya naik bas, berjalan kaki bagai, 1-2km pun tak pernah terasa hati sebab udara yang nyaman dan pemandangan yang cantik gitu~ (ayat sedapkan hati sendiri okay!) Plus bonus! Turun berat badan itu yang penting!

Jenis-jenis public transportation yang terdapat di Istanbul:


1)   Tramvay


          Tramvay ni kalau nak tau rupanya mcm LRT tu je ha, tp dia bergerak atas jalan raya, in the middle of the street between jalan untuk kereta. Kalau nak kira, most of the tourist yang datang sini, memang akan guna tramvay ni untuk ke famous spot seperti Aya Sofya, Sultan Ahmet Blue Mosque, Laleli (tempat shopping!), The Grand Bazaar or known as Kapalı Çarşı (lagi tempat shopping!), Çemeberlitaş (ada hamam best di sini – Çemeberlitaş Hamam), Eminönü (get down here to take the vapur aka seabus) and Kabataş yang mana merupakan stop paling penting, sebab ini merupakan pit stop terakhir, kalau nak ke Taksim, kene tukar kepada Füniküler (underground funicular railways) di sini. Kat sinilah ramai tourist akan tanya, “Taksim? Where? Taksim?” Hah, jadi kalau anda semua dah baca post ni, boleh la berlagak dengan bestnya pergi ke Taksim ala-ala Istanbulite!


 

        Ok, for tramvay ada dua jenis. Satu berwarna biru (Erk!!! Yang biru kadang-kadang dibaluti iklan satu tram, so pandai-pandai la tengok bentuk dia!), satu berwarna merah. Yang merah ni baru sikit nak banding dengan yang biru, tapi kalau saya, saya akan slalu tunggu yang biru! Nak tau kenapa? Sebab yang biru tu mengandungi lebih banyak seat compared to yang merah... Walaupun tramvay memang selalu pack, tapi kalau naik yang biru tu, at least chances nak dpt tempat duduk lepas orang lain turun tu lebih tinggi dari yang merah! Jangan kata saya tak hint ok?

         Another thing saya nak ingatkan. Atas kepala tramvay ni, slalunya dia akan tulis nama stesen terkahir bagi tramvay tu. Contohnya, kalau dia tulis Bağcılar, maknanya tramvay tu akan lalu semua stop sampai la station Bağcılar which is the last station on the line. So normally, atas kepala tramvay akan tulis either Bağcılar or Kabataş. Tramvay ni akan bergerak dari station Bağcılar ke station Kabataş or dari station Kabataş ke station Bağcılar. BUT! Kadang-kadang, akan ada tramvay yang tertulis Eminönü. Kalau contohnya anda dari Sultan Ahmet, nak ke Kabataş, kalau anda ambik tramvay ni, dia akan stop di station Eminönü kemudian dia akan patah balik ke Bağcılar. Ha, jadi kalau dah ternaik tramvay ni macam mana? Kene la turun kat Eminönü and tunggu tramvay lain datang. So slalunya kalau saya, saya akan tunggu je dari awal tramvay yang memang tertulis Kabataş, tak payah nak tunggu tramvay lain pulak, satu hal je. And another thing, kalau contohnya anda di Kabataş, tak perlu confuse whether tramvay tu akan pergi menghala ke arah Sultan Ahmet ke, Laleli ke, dan sebagainya, sebab dah memang confirm dia akan bertolak balik ke arah Bağcılar.  

          Ramai tourist yang tanya soalan ni sebenarnya kat station Kabataş sampai naik penat nak jawab! Dah memang station last Kabataş, mana ada lagi station lain selepas tu? So tolong la jangan tanya soalan ni ok? So the key here? Tengok kepala tramvay, and tengok peta tramvay tu, mana station yang anda nak turun. Don't worry, dia memang akan berenti di setiap station, kecuali kalau station tu ada kerja-kerja pembaikan. And route dia, memang selalu macam ni, tidak akan berubah, kecuali kalau tiba-tiba ada kemalangan ke, protest ke, jadi diorang decide tak nak move on, but dia akan buat pengumuman for this. But sadly, the announcement slalunya memang in Turkish la, so kalau jadi macam ni, tanya la sesiapa kat dalam tu yang agak-agak macam pandai cakap English. So nak tau station-station tramvay di Istanbul, please refer to the map melalui link di bawah, refer to the dark blue line, itulah route tramvay di Istanbul.


2)   Füniküler (Underground Funicular)

          Funicular ni terdapat di Kabataş station, pit stop dia cuma satu, iaitu Taksim. Kalau naik funicular ni, trick dia satu sahaja, masuk pintu belah kanan, keluar memang pintu belah kiri, meaning masuk pintu sini keluar pintu opposite tak payah nak pening-pening kepala belah mana nak keluar! And funicular ni dia punya level of frequency is around 3-5 minutes interval. Tak lama pun naik benda ni, dah kata stesennya cuma satu. Once you get out from this funicular, tengok sign board above your head lepas keluar dari gate funicular, anda akan nampak sign bertulis Taksim Meydanı. Yes, follow that sign, naik escalator tu, panjat tangga depan kedai bunga and cenderahati tu and voila! You will arrive at Taksim Square! Easy? Yep. Jangan terkonpius pergi sampai ke stesen metro sudah! Kalau nak tau, stesen funicular Taksim ni bersambung dengan stesen Metro Taksim. Apa pulak metro ni? Next!




3)   Metro

Metro ni ada 4 jenis. Namely M1, M2, M3 and M4 line. So kat sini saya akan discuss only about M1 and M2 sebab saya rasa yang ni most probably will be used by tourists. Lagipun M3 and M4 tu, saya yang duduk Istanbul dah nak masuk 2 tahun ni pun tak pernah naik ok! So nanti saya dah naik boleh cerita... Hahaha....

M1 Aksaray - Atatürk Havalimanı Metro


           M1 ni station dia bermula dari Aksaray hinggalah ke Atatürk airport. So bagi backpackers, or tourist yang tak nak naik taxi, bolehlah naik train ni untuk ke airport. Don't worry, tak semestinya anda kene naik train ni dari Aksaray, sebab there are few tramvay stations yang merupakan interchange station dengan station M1 ni. Salah satu contoh adalah station Zeytinburnu. Di station Zeytinburnu ni, memang interchange spot for Tramvay, Metro and Metrobüs. Train ni pun kene hati-hati, make sure tengok kepala train, apa nama station yang tertulis. Kalau nak ke airport or mana-mana station yang on the way to the airport, make sure ambik train yang tertulis Havalimanı. Kalau tak nanti, ada jugak yang sesat ke arah Kirazlı sebab diorang dah launch train M3 Başakşehir Metro yang mana line dia bermula dari Otogar. So be careful, baca atas kepala train tu betul-betul, or baca panel train arrival announcement, normally dia akan state train ke airport akan sampai dalam berapa minit lagi, or train ke Kirazlı akan reach within how many minutes more. Nak tau line for M1? Refer to the map dari link di bawah. M1 diwakili oleh red line.


M2 Şişhane - Hacıosman Metro

          M2 merupakan underground subway in Istanbul yang goes through most of the modern European side of Istanbul. Trust me banyak tourist yang datang dengan tourist guide tak sempat kenal pun Metro ni sebab kebanyakan area yang diorang visit, tak banyak or maybe tak ada pun yang menggunakan metro! Kalau anda jalan-jalan di area Sultan Ahmet dan sebagainya, anda mesti rasa Istanbul ni antik. But once you see this metro, anda mesti akan rasa modern pulak rupanya Istanbul ni? Saya paling suka flatscreen kat every Metro stop sebab everytime train nak sampai, screen tu mesti akan paparkan lembu hidup yang berkata “Tren geliyooooo~” Maksudnya the train is coming~ Cute sangat! 

           Salah satu station penting metro M2 ni? Şişli – Mecediyeköy. Kenapa stesen ni penting? For me, it’s a must go destination. Di stesen ni anda akan keluar melalui Fulya exit (ada dua exits at this station, make sure you choose Fulya). Melalui Fulya exit ni, anda akan sampai terus ke basement entrance of Cevahir Shopping Mall. Shopping mall ni kalau anda nak tahu, merupakan yang terbesar di Europe between 2005-2011! Dia besar sikit dari Times Square, tapi kedai-kedai dalam ni semua kedai-kedai berjenama. Kalau anda tersalah keluar exit? Jangan panik, memang anda akan keluar agak jauh sikit dari Cevahir, but anda boleh tanya org sekeliling, macam mana nak pergi Cevahir, jarak dia tidak la jauh mana pun, maybe dalam 500m? Please refer to the map in the link provided below untuk tahu line for M2. M2 line is represented by the green line.






 

My favourite sight at Taksim Metro Station :)

To be continued...

Monday, June 10, 2013

İstanbul Kart... Apo Ko Bondo Eh Jang?

Travellers to Istanbul, Please Take Note:

Merhaba!!!


          Please forgive me, dah lama nak update blog ni tapi x berkesempatan. Anyway, this time, saya nak bagi peringatan untuk bakal2 tourists atau yang mana dah sampai ke Istanbul ni, please buy the Istanbul Card (İstanbul Kart) as soon as possible after you check in your hotel ke apa ke... Paling bagus, before start berjalan2 around bandar Istanbul. So apa Istanbul Card ni? Let's take a look:




          So basically card ni sama je macam Touch 'N' Go kat Malaysia, cuma ianya digunakan hanya untuk public transportation as listed at the link provided above. So nak beli kad ni x susah, just pegi dekat either office IETT dekat station tramvay Karaköy or anda boleh beli kad ni dekat newspaper stand or small kiosk yang jual air and junk food di seluruh Istanbul yang ada offer khidmat refill kad ni, slalunya diorang akan ada tulis dekat newspaper stand tu "Akbil Dolumu Bayı" or sometimes dekat jeti macam at Anadolu/Asian side of Istanbul or dekat Eminönü (dekat2 dengan bus stop besar + depan jetty seabus) ada macam satu building kecik kat center tu, ramai orang beratur2 nak reload kad ni, kat situ pun boleh beli kad ni jugak. 

          To reload this card is fairly easy, mcm saya kata, you can either reload it at those kiosks or normally at most of the station tramvay, metro, or metrobus slalunya ada mesin reload kad ni, and don't worry, ada option for English language. So you can reload this card lightning fast! Pendek kata this card is easy to obtain and easy to load so no worries :)... Paling best after you dah load kad ni, of course la boleh jalan2 serata Istanbul pakai public transportation seperti yang tertulis di link yang saya provide kan. X payah beli banyak sorang satu kad ni pun xpe, few person boleh share one card. Just make sure load enough money je la untuk everyone ok?  Kad ni pulak ada few types. so untuk normal tourist slalunya amik yang standard anonymous (yang ni la yang boleh beli kat kiosk bagai) yang lain2 macam untuk saya, saya pakai discounted student card, maknanya saya punya fare murah la sikit hehehehe :)... Dulu lagi best, kad saya free lagi, maknanya naik transport sume free but lepas raya tahun lepas diorang dah cancel card tu sedey plak! Sekarang card tu orang2 yang kerja macam polis je ada kad free nih. But trust me, u do need this card, sebab kalau beli jeton or token from machine sebelum naik tramvay, harga dia kalau x silap saya 1TL extra than bile anda pakai card ni. So jangan cakap saya x pesan ok :). So, till next time then... Enjoy your trip for those who are already here ;)