Sunday, November 17, 2013

Special Post for Malaysian Students in Egypt

Nasihat Ikhlas Dari Istanbul to Our Fellow Malaysian Students from Egypt

Merhaba!!!

         Ok kali ini, saya tergerak hati nak menulis post ini yang mana saya tujukan khas buat student2 Malaysia bidang perubatan yang berada di Mesir. Dipendekkan cerita yang panjang, ada quite a number of medical students yang contact saya di Facebook bertanyakan tentang perkara yang sama dan cerita yang sama, iaitu, berkaitan nak transfer kredit pembelajaran mereka dari university di Mesir ke university di Turkey.

             Ok, back to our topic, saya difahamkan kebelakangan ni disebabkan oleh keadaan politik Mesir yang kurang stabil, ramai student kita di Mesir yang tengah duk pikir2 nak cari kayu, nak cari kayu... (dialog dalam cerita Labu Labi bagi budak2 zaman sekarang yang x tengok cerita P.Ramlee!) Haha mestilah bukan! Mereka tengah fikir2 nak datang sambung pelajaran mereka di Turkey ataupun terus je sambung di Mesir.

        So bagi yang dah tergolek2 (macam dalam cerita hindustan tu!) berminat dengan offer yang ditawarkan oleh pihak agent yang 'konon2' nak membantu student2 ini, before coming to Istanbul, tolong fikir masak2. Terlebih masak x apa, jangan mentah sudah!


         
         Saya difahamkan bahawa, agent2 ini menaburkan janji2 manis kepada anda2 semua, contohnya:


  • Anda akan sambung belajar dalam bahasa 'omputeh' atau lebih dikenali dengan English.
  • Anda boleh buat kursus bahasa Turkey sambil2 sambung degree di university.
  • Anda dapat apply scholarship kerajaan apabila sampai di Turkey nanti.
  • Anda dijanjikan tempat di university (saya x tahu tentang kesahihan cerita ini, tapi dari apa yang saya dengar ada yang bagitau saya begini)

           Sekarang ni, saya akan cakap terus terang dengan anda semua, saya harap xkan ada yang terasa hati dengan apa yang saya cakap. Sebab bende ni tak ada kene mengena dengan saya pun sebenarnya, saya ni cuma nak beri point of view tentang kehidupan sebagai student di Turkey. Now, kalau anda benar2 nak datang sambung belajar di Turkey secara transfer kredit ke apa ke, please bear in mind tolonglah jangan datang sini dengan 'American Dreams'. Meaning that, kemungkinan BESAR anda akan belajar di university in Turkish. Kepada yang nak berdebat "Eh, x la, sebab wakil agent tu kata, bla bla bla bla bla...." I will only say one thing. Mengikut pengetahuan saya yang x seberapa ni, di Istanbul kalau university kerajaan cuma Bogazici University sahaja yang offer semua courses in English. And dekat university lain, 'maalasef' or sorry to say, memang medium pembelajaran in Turkish. Walaupun 'seglemer' mana pun university tu, diorang mesti nak guna bahasa Turki jugak! And another thing yang saya nak ketengahkan di sini, ramai di antara anda semua yang target university yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. For your information, banyak university di sini which are not recognized, ini bukan sebab university kat sini lousy, tapi sebab for a university to be listed in world ranking, diorang kene banyak publish paper in English. And sadly, banyak university di sini walaupun jauh lebih baik dari kebanyakan university di Malaysia, tapi sebab x banyak publish paper in English, so they are not recognized! And because of this, ramai yang tanya tentang Ankara University (sebab university ini diiktiraf kerajaan), tapi kalau nak tau, in Ankara University, Faculty of Medicine dia xde in English, it's only in Turkish. So, "Lu pikirlah sendiri!" (bab kata Nabil).
 
          For example, university yang agak famous untuk bidang perubatan, antaranya University Hacattepe di Ankara (ranked as no.1 for Medicine field in Turkey), walaupun mereka ada offer course Medic in English, still diorang deliver lectures in half english and half turkish. Another example, x payah tengok jauh la, even at the university yang I attend pun, Istanbul Technical University is also considered as one of the prestigious university in Istanbul. Rata2 student di university ni memang boleh berbahasa inggeris dengan baik, lecturers pun sama. Tapi bile ada kelas yang in English, kalau dia tengok majority of the class are Turkish, diorang memang cakap je in Turkish language! So in the end, macam yang saya cakap, kalau they told you your course is going to be in English, BIG POSSIBILITY exam or nota akan diberi dalam bahasa Inggeris tapi lectures tetap will be in Turkish. Mungkin anda akan kata, "Ini tidak adil!" (again, dialog cerita P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul) but then again, that's the ugly truth yang anda perlu tahu tentang belajar di universiti2 di Turkey.  


           Ok habis cerita tentang medium pembelajaran, pasal tentang boleh datang sini and sambil buat degree sambil buat kursus bahasa Turki. Please, tolonglah jangan buat kerja gila ni. Mungkin anda semua dah hebat berbahasa Arab, walaupun ada persamaan, tapi saya still rasa it's not that easy. Saya cadangkan kalau nak datang sini, sila datang, belajar bahasa Turki dulu sampai habis, then baru start university. Sebab kalau x, that's considered as suicide. For your information, saya dah tinggal di sini for 2 years, ya saya boleh berbahasa Turki (walaupun x la tahap dewa), tapi cukup untuk survive di sini. Apa2 pun bila saya dalam kelas saya tetap x dapat faham sepenuhnya apa yang lecturer saya cakap. Contoh pertama, classmate saya (orang Turki) ternganga dengar lecturer mengajar, dan apabila kelas habis saya tanya dia faham x? Katanya "Tak!" Kalau dia, native speaker pun ada masalah nak faham akademik language, apatah lagi kita orang luar? Another example, sekali ni ada saya bersembang dengan classmate saya, pun orang Turki. Saya bercakap pasal saya x faham apa yang lecturer tu sampaikan mungkin sebab saya bukan native speaker and my Turkish is bad. Katanya "Wallah Wani, walaupun saya ni orang Turki, saya sendiri pun x faham sangat apa dia cakap kadang2 sebab dia kadang2 guna bahasa Osmanli!" Bahasa Osmanli ni bahasa Turki zaman dulu2, jadi xde la sama sangat dengan bahasa Turki sekarang. Another example, kawan kelas bahasa Turki saya dulu, she is the 2nd best student in class and kalau dia cakap Turkish on street memang superb dan orang akan pandang dengan mata berkelip2 sebab baku habis! Grammar, perfect! But, dia pun ada masalah di university, apabila lecturer mengajar, dia x faham sangat katanya apa yang disampaikan. Mungkin kami x berapa cerdik macam anda semua, mungkin anda semua akan tempuhi benda2 ni dengan lebih hebat dan mampu kuasai bahasa dia dengan bestnya. Wallahualam.

              Sekarang kita masuk pulak bab scholarship. Ni satu hal jugak. Memang anda boleh apply scholarship bila sampai di sini, tapi siapa tahu anda confirm dapat ke x? Kalau dapat, memang best, kalau x dapat? Baru selok kera mung! Hah, kan dah keluar bahasa Terengganu! Seriously, bukan sedikit amount student yang apply, ramai student yang apply scholarship ni, so kalau agent tu kata memang you boleh dapat, tolong la jangan percaya, kecuali la scholarship tu tajaan dari agent tu sendiri.

              Another issue is, confirm x dapat tempat di university? Jangan percaya kata agent 100%, make sure agent tu show offer letter dari university ke apa ke. Confirmkan memang you dapat tempat, baru datang. Kalau anda semua datang dengan harapan tinggi menggunung, tiba2 x dapat tempat di university? Apa anda semua nak buat? Menangis sebaldi? Atau tolong abang jual 'kestane' (buah berangan) dekat Sultan Ahmet? Atau jual simit (roti bagel)? Atau jual set geometri kaler2 dekat Sultan Ahmet (kene lari angkut meja kalau majlis pembandaran datang tau!). Ada jugak saya dengar yang kata x perlu ambik apa2 exam kecuali exam bahasa untuk masuk ke university. Sila pastikan betul2 cerita ni, sebab sangat x lojik bunyinya, kalau nak masuk university di Turki dalam bidang perubatan semudah itu, saya rasa ramai gila orang nak datang sini belajar medic. Jangan kata pasal ni, confirm kalau cerita ni sampai ke telinga orang Turki, esok pagi akan ramailah parents orang2 Turki akan datang ke pejabat Higher Ministry of Education complaint kenapa pelajar Malaysia cuma perlu buat exam bahasa sedangkan anak2 mereka kena amik exam YGS yang susah tu untuk masuk university? Belum lagi bahagian nak masuk bidang perubatan!


Abang jual 'Kestane' atau dengan nama lainnya buah berangan.


Pakcik jual roti 'Simit'

            Pada yang dah confirm akan datang or pada yang ingin tahu, cost sara hidup di Istanbul adalah lebih kurang sama dengan cost sara hidup di KL. Cuma, segalanya dalam matawang Lira, jadi bayangkan living cost in KL, compare 1:1 to Istanbul but dalam matawang Lira. As simple as that. But electronics mahal. Lain2 tu, lebih kurang je. Pasal sewa rumah, murah compared to KL or Selangor. Dekat Istanbul, you can get a good house starting from 500TL-800TL depends on area mana you duduk. But price ni normally untuk rumah kosong ye, bukan yang fully furnish. Fully furnish slalunya starts from 850-1k++. And bear in mind, kebanyakan penyewa di sini, x mahu sewakan rumah kepada student, especially kalau only 1 person. Kalau dia nak sewakan kepada student, normally sewa rumah jadi mahal sikit, sebab diorang rasa, oh diorang student, sewa ramai2, so I can make money out of it.

             Tentang budaya mereka? X jauh beza sangat la dengan orang Malaysia, after all diorang 98% Muslim, so ada persamaannya tu. Cuma, orang sini banyak yang berfahaman sekular. Makanan memang rata2 halal, tapi penjualan arak adalah terbuka. Kedai makan kalau ada jual arak memang perkara biasa, apa2 pun, diorang x de la campur arak dalam makanan diorang. Babi ada jual, but it's not a common thing and could only be found at extremely big Migros (mcm Giant kat Malaysia), tapi memang jarang sangat nampak, saya pun dapat tau semalam perkara ni, sebab bercakap dengan rakan bukan Islam. Kalau saya sendiri, x pernah nampak! Or anda pergi hotel 5 stars, mungkin akan ada ham slice for breakfast, itupun sebab ramai international clients, so diorang import khas for that purpose. Pasal akhlak ni, x payah la cakap orang Turkey, mana2 pun kat dunia ni ada orang jahat ada orang baik. Orang melayu sendiri pun ada yang bertudung litup tapi akhlak kalah puak liberal di Turki. Cuma tinggal 'cover line' je so x nampaklah. Tapi puak2 sekular di sini, memang agama 'ke laut'. Diorang muslim, tapi memang x ambik 'pot' pasal agama. Pendek kata agama atas nama sahaja. Tapi ada juga yang baik. Itulah sebabnya saya kata never judge a book by its cover. Orang kita suka buat kesilapan dari segi ni. So tolong buang minded tu jauh2. Kadang2 yang nampak liberal tu lebih berpengetahuan dalam agama berbanding dengan yang bertudung sebab tekanan keluarga dan masyarakat. Wallahualam. Allah S.W.T je yang mampu judge kita jadi saya xnak cakap lebih2 regarding ni ok!

              So setakat ni sahajalah yang dapat saya sampaikan pada anda semua. Nak dengar ke x nak dengar ke terpulanglah. Mungkin anda rasa "Eleh, akak tu cakap menipu la tu sebab dia jeles!" Suka hati lah nak rasa macam mana. Saya x pernah nak larang anda dari datang, kalau betul nak datang, sila datang, kalau ada masalah, boleh tanya saya untuk information. Saya akan bantu selagi boleh. Cuma saya xnak anda datang ke sini dengan impian menggunung only to see everything is not as it seems or not as promised. Saya cuma bayangkan, kalaulah anda dah complete few years in Egypt, datang sini, transfer credit, and kene belajar dalam bahasa Turki, especially when you don't know that language at all, you could fail in all of your classes, credit anda jatuh menjunam, dari elok2 boleh graduate, langsung kene packing balik kampung. Kalau anda bersedia untuk face all these worse case scenario yang saya katakan silalah datang and kalau you guys need help do not hesitate to contact me (it doesn't mean you akan face it ya, jangan salah faham pulak! And jangan pulak asyik think terlampau positive, dalam case ni anda kene fikir worse case scenario, sebab ni melibatkan masa depan anda sendiri, bukan masa depan abang jual 'Kestane' tu!). So anyway, I wish you all think properly before making your decision. !بالتوفيق

28 comments:

  1. (actually dah emel awak & ni post kat comment plak)
    Salam & hye
    Saya dapat emel awak melalui blog awak.
    dari blog tu sy rasa awak agak familar dengan turkey/istanbul
    saya dah dua kali menjejakkan kaki ke istanbul. tapi transit je sebab sy dan
    rakan ada misi bantuan ke syria. so dari malaysia turun istanbul & fly ke hatay.
    setelah 2 kali menjejakkan kaki ke istanbul saya dah jatuh hati dengan bumi istanbul. a modern, romance & historical city. so saya dah decide untuk stay sana. saya ada kenalan di istanbul. tapi dia agak sibuk sedikit. saya nak minta tolong/pendapat berkenaan saya nak cari rumah sewa di istanbul. neways sekarang ni awak di malaysia or istanbul ye ?

    thnx for your help :)

    0176722207, no saya kalau tidak menyusahkan mungkin kita boleh whatsapp

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kepada yang empunya blog..saya disini ada pertanyaan..jika saya ingin sambung ke peringkat master macam mana ye..saya dlm pengajian islam..so saya nampak diturki adalah tempat yg sesuai untuk saya membuat kajian disana..saya baca tulisan awak itu,..tidak di nafikan apa yng awak cakap itu betul..tp untuk master ini..apa yang perlu saya buat..sekian terima kasih

    ReplyDelete
  3. Wassalam,

    Kalau nak sambung belajar di sini, awak boleh apply scholarship yang ditawarkan kerajaan turki, link website utk scholarship tu ada saya post di post2 saya sblm ni, dan kalau nak lebih mudah, sila contact terus dengan turkish embassy di KL, mmg diorang yang handle scholarship ni pun. Kalau nak sambung bawah tajaan sendiri, saya nasihatkan datang sini utk belajar bahasa dulu, lepas tu sambil2 tu boleh survey2 uni mana nak apply nanti. But apa2 pun, please make sure u ada TOEFL or IELTS ready before applying for university, most of the good uni requires this from student. Kalau x diorang ada jugak buat english preparation exam by university di sini. But u can save ur time by having it ready beforehand. Have a nice day!

    ReplyDelete
  4. oh begitu..baik..jika di malaysia kan..dimana ada kelas bahasa turki yang awak tahu..pasal saya ada juga cari..tapi tak jumpa lak..terima kasih dengan maklumat tersebut..

    ReplyDelete
  5. satu lagi..untuk toefl @ ielts..minimun dia nak berapa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sebab baru nampak comment ni, in Malaysia, dekat UIA ada offer turkish language course kalau x silap saya. And untuk toefl @ ielts, saya x tau sgt markah ielts, sbb saya sendiri ambik toefl iBT, but for toelf iBT standard uni yang bagus nak 70 ke atas. Rasanya untuk ielts nak band 5.5 ke atas.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak. Thanks for your sharing. Sy nk tnya ckit
    . Dah kalau belajar kat Sana for 6 years which is setahun utk belabor bahasa Turkish and Lima tahun for dentistry? Is it worth for continue studies there? I'm not quite sure for turkish language lesson is in Malaysia or in turkey but I'm sure pretty setahun belajar bahasa turkish. Boleh survive tk? KE mcm mana. Saya dh tkleh nk pkir waras.. Hee. Nervous dh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau u belajar bahasa turki untuk setahun, normally its enough to survive on the street. But untuk academic, you kene kerja keras, there's tons of students who are really good students during turkish language course, failing in university or suffering a lot in uni due to language barrier. So nak dapat markah cun2 or dean list bagai, mmg x la. Survive tu insallah boleh xde masalah, tp bak kata saya, kalau kat malaysia ada 'certain' uni majority boleh dapat dean list sambil belajar main2, kat sini kalau belajar 3 kali ganda lebih dari tu pun x confirm you boleh dapat 3 pointer. If you wanna come, please do, but be prepared mentally ok :)

      Delete
  8. salam kak ? maknanya student malaysia yg g turki ni suma x boleh score ke ?

    ReplyDelete
  9. kak sy ada apply hcteppe uni . sbb ada prob nak ke messir . kak mcm mana nak score if nt sy dpt tempat kat sana . sbb ap yg sya baca blogger akk ni . buat sy risau n cemas sgt . kita ni rakyat malaysia yg mmg x rjin membaca ni kan pula nak belajar bahsa org ? akk boleh bg sugesstion . or advice ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,

      Kalau nak kata semua x boleh score, over sgt la pulak, sbb mesti la saya x sempat nak buat bancian secara keseluruhan... Tapi berdasarkan pemerhatian saya, bukan setakat sesama student melayu sahaja, dengan student2 dari negara lain pun, especially kawan yang mmg score bahasa turki waktu belajar turkish language and mmg rajin membaca jugak, mmg they still suffer a lot (and they're not even in medical or technical line)... So there's nothing u can do except study, study, study and pray to god... That's all.

      Delete
  10. Salam wani.boleh whtsapp sy di no 011 12312286..sy nk tanye bbrpe perkara..sy bercadang nk blja di turki 2015 tp dtg wth hsbnd n son..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, boleh tak saudari add saya di WeChat? ID saya Wanie_Baby

      Delete
  11. salam wani. saya nak tanye pasal sambung master in turki. is that possibly easy? scholasrship n the course? tq in advance! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,

      Master in turki, is it easy? 1st, depends atas uni. But kalau macam dari pengalaman saya buat master di Istanbul Technical University, membuatkan saya rasa kalau saya balik Malaysia boleh buat Master sambil bersenang lenang and pejam mata je :)... Satu dah la language barrier (walaupun saya fasih berbahasa turki), dua memang susah mampus. Kalau kat m'sia rata2 senang2 je dpt markah tinggi walaupun uni bagus (saya ckp dari pengalaman sendiri dan org keliling saya), kalau kat sini, u dapat pass je pun dah nak buat parti. Kalau u rasa nak amik master at turki as an easy out, don't even think about it, malaysia jauh lagi senang.

      Delete
  12. Kalau buat research master phd, paper kena publish turki jg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends atas course or paper you. Kalau course you memang in Turkish, memang sah sah la kena publish in turkish.

      Delete
  13. salam akak, thanks sbb berkongsi. saya nak tanye, kalau nak sambung belajar dkat turki selepas spm macam mana ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik,

      Akak dah jawab soalan ni banyak kali, budak spm x leh masuk uni turki dgn keputusan SPM semata. Kena ada sijil yg setaraf dengan A-Level untuk layak masuk ke uni di sini.

      Delete
    2. Akak dulu ambil A-level ke? :')

      Delete
  14. Assalamualaikum akak..sy ada satu soalan..Sy lulusan ijazah sarjana muda fiqh n fatwa (under syariah n law). So, kalau sy nk further master kt turkey, boleh ke? or ada syarat2 lain..Sgt berhajat nak sambung bidang psychology sbb minat psycho..thanks

    apa2 boleh email sy di fahmiey_kg3bb@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Salam akak...saya nak tanya...akak duduk kat turki tu kat mana? Istanbul? Boleh tak saya nak emel akak? Takut2 nanti ada apa-apa soalan yang saya nak tanya...tak pun akak amek emel saya...


    fatinnfarr95@gmail.com

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum kak wani, saya nak tny, macam mana kalau lepasan STAM nak dtg sini..ada suggestion tak untuk saluran kemasukan ke sana?

    ReplyDelete
  17. Wani.akk wapp wani bolih tak.

    ReplyDelete
  18. Secara mudah mcmana nk hubungi wani

    ReplyDelete