Saturday, April 28, 2012

Macam-Macam Ada...

Apekah???

Ciaossu!!!

          Hari ni saya nak share cerita kelakar yang saya alami masa saya balik dari kelas beberapa hari lepas. Perjalanan saya ke kelas hari-hari boleh dikatakan agak menarik. Mana tak nya, hari-hari saya kena naik tramvay (LRT kalau kat M'sia) yang melalui few of the most famous tourism spot in Istanbul. Contohnya Kapalı Çarşı atau nama famousnya Grand Bazaar di Beyazıt, Sultan Ahmet Blue Mosque dan Gülhane Park. Sampai di Eminönü saya akan naik vapur (seabus atau passanger sea boat 2 tingkat) merentasi Boğaziçi (Bosphorus Strait; Selat Bosphorus) İnşallah saya akan cerita sedikit sebanyak tentang Selat Bosphorus ni di masa akan datang. Boat trip selama 20 minit dan akhirnya saya akan sampai di Kadiköy di Asian side of Istabul (kelakar bila saya fikir2 yang saya hari2 travel between Asia dan Eropah! 2X sehari pulak tu!!!) Jadi, selama saya tinggal di Istanbul ni banyak jugak perangai pelik2 yang saya nampak on the way to class!

          Anyway, hari itu on the way pulang ke rumah, saya naik tramvay seperti biasa dan seperti biasa tempat duduk semua dah penuh (saya dapat tempat duduk waktu tu) dan masuk seorang makcik ni dalam umur lebih kurang pertengahan 40-50an. Makcik ni pula, sebelah tangan heret beg pasar (kat sini orang bawak beg beroda pergi pasar). Tiba2 dia bercakap dengan lelaki mungkin pertengahan 30-40an yang duduk di sebelah saya. Makcik  tu dengan suara kasar berkata "Sen geçer!" (cara dia cakap tu membawa maksud "Kau, blah!") dan mamat tu dengan terkejutnya bangun berdiri sebab cara makcik tu cakap macam ada emergency! Apabila mamat ni bangun berdiri, makcik ni pun dengan selambanya duduk kat tempat mamat ni. 

          Saya hampir ketawa tetapi apabila saya lihat muka mamat tu terpinga2 rasa kesian lah pulak. Apa2pun saya tetap rasa makcik tu tak patut! Bak kata makcik seperti dalam dialog filem 'Pendekar Bujang Lapuk': "Hei!!! Apa curi-curi ni??? Kalau nak mintak la, kita boleh kasi!" Tak gitu?


 My mode back then was:
"Fu-fu-fu"

Wednesday, April 25, 2012

Turkish Government Scholarship for Dummies - Part 1


Erm, Mana Nak Cari Info Tentang Turkish Government Scholarship?


Ciaossu!!!
             
         First of all, perlu saya tegaskan di sini segala informasi yang saya catatkan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ianya mungkin akan bertukar-tukar mengikut selera Kerajaan Turkey. Kepada yang berminat, rajin-rajinlah melawat laman web Kedutaan Turkey di Malaysia seperti berikut:


Di laman web rasmi kedutaan Turkey di Malaysia (perhatikan gambar di bawah), segala announcement yang dibuat akan diumumkan di kawasan yang bertanda anak panah merah. Di sini lah segala berita tentang tawaran scholarship, keputusan scholarship dan lain-lain lagi informasi akan diumumkan. 


Main page Turkish Embassy - Malaysia

Jangan panik kalau apa yang anda nak lihat tak tersenarai di sini, anda boleh klik di tempat seperti yang bertanda di bawah:

Embassy Announcement Close-Up






Dan resultnya:

Announcement Page

Voila! Segala jenis mak nenek information dapat diperhatikan di sini, siap dengan announcement even dari tahun 2008! Tapi, announcement yang mana satu yang patut diberi perhatian? Let’s take a look at the next picture:

Scholarship Announcement Examples

Ok, from here anda boleh lihat announcement yang di’highlight’kan dengan menggunakan purple box merupakan tawaran scholarship yang dibuat oleh kerajaan Turkey.  Dan announcement yang pertama dan terakhir merupakan result bagi tawaran scholarship tersebut. As, for the orange colour box, itu pun tawaran scholarship jugak, bukan dari Turkish Government tapi dari Izmir University di Izmir, Turkey.

So, I guess that’s it for today, kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang types of scholarship offered and what could be expected from it, please look out for my next entry. ;)

Tuesday, April 24, 2012

Ehh??? Turkish Scholarship?

Scholarship Kerajaan Turkey??? Apa Kejadahnya Semua Ini??? (sila baca menggunakan tonation Wan Kamarudin Edisi Siasat NTV7)

Ciaossu!!!

     Mesti agak ramai yang tertanya-tanya, mana saya dapat tahu tentang scholarship ni? Almaklumlah, apabila makcik-makcik, pakcik-pakcik,sedara-sedara dan rakan-rakan di sekeliling bercerita tentang anak ‘Cik Dollah’ yang dapat menlanjutkan pelajaran di oversea tentunya nama-nama negara yang selalu menjadi topik perbualan terbabit adalah negara-negara seperti:

  • United Kingdom
  • AUSTRALIA (ugh… yang ni paling tak larat nak dengar… ramai sangat!!!)
  • Jepun (I like!!!)
  • Amerika
  • Russia
  • India
  • New Zealand
  • Mesir


Dan lain-lain lagi. Jadi kebanyakan orang yang mendengar bahawa saya berjaya mendapatkan scholarship kerajaan Turkey, semuanya memberikan reaksi terkejut, sebab tidak ramai yang tahu bahawa scholarship ini sebenarnya wujud. Stay tuned for the next post, macam mana nak apply scholarship ni???

Officially a 'Rakugoka'


Dan tugasku sebagai 'Rakugoka' pun bermula...


Ciaossu!!!

Pada awal bulan Oktober 2011, setelah berbulan-bulan menanti dengan penuh debaran dan doa yang tidak putus-putus, akhirnya keputusan yang dinanti-nanti diumum jua. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang ditawarkan biasiswa atau dalam bahasa orang putih ‘scholarship’ oleh kerajaan Turkey untuk menyambungkan pelajaran di negara terbabit. Mau terjojol kedua-dua biji mata saya melihat announcement yang dipaparkan di website kedutaan Turkey. Manakan tidak, berbulan-bulan saya berusaha untuk mendapatkan scholarship bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ‘Master’. Semua gara-gara tidak berpuas hati dengan gaji yang rendah dan lambakan kerja-kerja di syarikat ABC (nama sebenar dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu!)

 Saya boleh dikategorikan sebagai seorang perempuan yang agak bercita-cita tinggi, oleh itu apabila melihat ada di antara rakan-rakan seuniversiti sewaktu di peringkat ijazah telah selamat menerima scroll peringkat Master, mulalah saya tidak senang duduk. Terikat dengan scholarship yang ditawarkan oleh syarikat ABC sewaktu saya belajar, saya terpaksa berkhidmat untuk syarikat terbabit selama 5 tahun! Akibatnya, saya menjadi mati kutu di syarikat terbabit, dengan stress kerja yang kurang diminati, perangai merepek segelintir rakan setugas dan macam-macam lagi lah! To cut story short, pada penghujung bulan Oktober saya selamat berada di bumi Turkey memulakan hidup baru seperti yang diidam-idamkan saya selama berbulan-bulan yang lepas… Seorang pelajar! <3