Monday, December 24, 2012

Shopping Guidelines in Istanbul

Mahal vs. Murah

Ciaossu!!!

      Wah, pejam celik pejam celik dah lama saya tak update blog ni. Ampun!!! Sejak habis kursus bahasa Turki pada bulan Jun lepas, saya pulang bercuti ke Malaysia sementara menunggu result kemasukan ke universiti. Dah masuk university plak, busy tahap cipan terbang sampai tak tertulis2 blog ni! Sedar tak sedar dah habis satu semester!

       Ok, back to our topic, saya difahamkan list of students yang dapat scholarship kerajaan Turkey tahun ini telah pun di umumkan. Jadi kepada yang dapat, tahniah or 'tebrikler' bak kata orang Turkey...

       So before coming to Istanbul, untuk bakal2 student ke, untuk bakal2 tourists ke, satu pesanan saya, sila ambik pot apa yang mahal dan apa yang murah di sini. Jadi kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya selama saya tinggal di Istanbul.

       Istanbul mempunyai banyak tempat2 menarik untuk dilawati, dan of course, bila tempat banyak tourists, banyaklah jugak tempat2 untuk 'bershopping' sakan! Seperti semua tempat, barang2 di Istanbul juga merangkumi range murah, sederhana mahal, mahal dan mahal melampau! Jadi kepada yang ada limited budget (bukanlah mereka yang memang tidur beralaskan duit) Kenalah ambil tahu apa yang mahal dan apa yang murah.

       First of all, barangan ELECTRONIC di Turkey memang mahal! Jadi, kalau datang sini, lupakan je cerita barangan electronic, serious saya katakan kat Malaysia lagi murah! Contohnya, laptop di Malaysia, kalau sepcification yang basic2 tu pun, busuk2 pun RM900+ pun dah boleh dapat (kalau tak silap saya la, last saya tengok pamphlet Dell dalam range tu harga dia. Di Istanbul, sebuah laptop dengan specifications yang paling basic pun dalam RM2000++ ke atas... Jadi, untuk bakal2 student, sila lah bawak laptop dari Malaysia, jangan kata saya tak pesan ya! Handphone pun sama, contoh harga Samsung Galaxy S-Plus masa mula2 keluar dulu, harga di Istanbul dan di Malaysia adalah sama, kecuali harga di sini dalam matawang Turkey, jadi roughly kena la kali 1.69 (mengikut conversion rate untuk hari ini), jadi last2 tetap mahal.
 
      Ok part barang murah, yang ni sure ramai suka nak tau. Di Istanbul ni, kalau kena tempat shopping nya memang murah, kena pulak tau cakap Turki, lagi murah! Setakat saya di sini, kalau anda tak kisah dengan branded items ke tak, apparel for men and women are cheap here. Contoh baju perempuan yang kain jenis stretchable (kain berat setengah orang panggil) kalau di Malaysia, yang berlengan panjang boleh dapat dalam RM50++ kalau design yang cantik. Di sini, anda boleh dapat dalam range RM30-40. Baju2 untuk kaum adam pulak, baju2 shirt berbutang untuk ke ofis, boleh didapati dalam pelbagai design dan warna yang memang cantik, dalam range RM30-60 sehelai. But no worries, even though kalau anda beli yang murah RM30 sehelai pun, kualitinya tetap bagus, warna tidak mudah pudar.

      Di Istanbul, terdapat banyak barangan imitation, hand bag berjenama Louis Vuitton boleh didapati di tepi2 jalan! Yang standard harga saya selalu nampak bermula dalam RM20 untuk purse LV. What about workmanship? Acceptable of course!

      Kebanyakan tourists yang datang sini, pasti akan dibawa ke Laleli (Istanbul University terletak di sini, ianya merupakan universiti tertua dan terkenal di Turkey) & The Grand Bazaar di Beyazit. Di tempat ni memang syiok untuk ber'shopping' tapi, harganya, memang sangat berbeza berbanding di tempat lain (tambah lagi tengok anda tourist, lagi la dia 'top up' harga gila2! Contohnya, standard harga pashmina di tempat lain, adalah dalam range RM10-20, but in The Grand Bazaar, harga untuk product yang sama, starts from RM30! So apa lagi? Buat la macam Petaling Street or Chow Kit, do something that people call bargain! Mungkin anda tidak akan dapat semurah kalau anda boleh cakap bahasa Turki, but at least, tak la kene cekik darah... 
iPhone 16GB saya nampak dekat Cevahir Mall baru2 ni, dalam 2000TL, meanwhile iPhone 64GB kat Malaysia baru dalam RM2800 mcm tu kanBak kata Nabil lu pikirlah sendiri!

      Sorry disebabkan post kali ini dibuat secara terburu2 saya tak sempat nak masukkan apa2 gambar, so nanti kalau ada kesempatan saya masukkan gambar ok? Out!!!


P/S: Kepada yang berminat nak baca dengan lebih lanjut tentang shopping di Istanbul, boleh layari website baru saya Istanbul Oh Istanbul untuk more updated post. Xyah la korang asyik baca post lama ni kan, dah basi dah info ni!


16 comments:

  1. Salam,
    Tau tak macamana just nak belajar bahasa turkey di Turkey? Saya dah ada degree, tp minat nak belajar bahasa turkey...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wani, boleh bg email x? saya nk brtanya sedikit tentang istanbul ... ( alexanderafique@gmail.com )

    ReplyDelete
  3. Salam Suri, 1st of all, sorry sebab x nampak ur comment earlier, wani pun busy kebelakangan ni. Kalau suri teringin nak datang ke sini untuk belajar bahasa turkey, suri boleh lawat website ni:

    http://www.tomer.ankara.edu.tr/english/index.html

    di sinilah sume student yg dapat scholarship kerajaan turkey di hantar untuk belajar bahasa turkey. Harga mmg mahal sikit, tp bagus, and most importantly, lepas tamat course, suri akan dapat diploma certificate showing that suri mmg ada cert turkish language. course slalunya makan masa setahun. tapi between level, suri boleh berhenti and return back to malaysia and then dtg balik untuk sambung level seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Wani I nak tanya bila apply schorlarship tu kita apply together dgn universiti ke? Tq

    ReplyDelete
  5. Wassalam Afryna Shukri,

    thx for viewing my blog, yes kalau x silap akak, budak2 yg batch selepas akak mmg kene isi form university mana yg dipilih, and bile dia award scholarship tu kat awak, dah together dgn university mana skali. Kiranya ur placement in university is secured. So dtg sini, belajar bahasa, then terus masuk university yg diberi. So kalau nak apply scholarship ni, my advice is wat research which uni you would like to go to, what courses, and yes of course kadang2 dia punya webpage use limited english, so contohnya kalau ada target uni mana, nak tau course 'A' katakan dioffer ke x tp x tau nak baca webpage diorang, I'm willing to help :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak wani.

    akak,kita ada add fb akak..nama kita nurul aneeyamirah.

    akak,insyaAllah tahun depan kita akan grad dari yarmouk,jordan.dalam kos syariah usul fiqh.and kite nak sgt sambung master,kat turkey.dan saya tgk kos yg sesuai islamic theology.atau ade kos lain?

    and berapa ye pointer minima utk apply master kat sana?dan kerajaan msia iktiraf kan?

    thanks akk atas bantuan

    ReplyDelete
  7. wassalam, pandai awak cari FB kita :) anything just mail me at Fb ok :)

    ReplyDelete
  8. hello kt mana tempat yang murah shopping selain grand bazar tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello,

      Sebenarnya grand bazaar tu x murah langsung pun. Sebab dia memang target tourist, kecuali you pandai bargain. Tempat murah either Bakirkoy Bit Pazari (flea market) or Tahtakale in Istanbul.

      Delete
  9. Salam kak wani..terbaik..17may ni smpai istanbul as tourist..tks for info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, thanks for reading my blog... Sorry lambat reply, mcm mana trip hari tu?

      Delete
  10. Assalamualaikum kak wani..sy merupakan lepasan asasi..sy ingt nak smbung beljar degree in pharmacy kt turki under tajaan sendiri di turki..universiti hecettepe tu bagus x? Lepas tu agen ckp dia xde ujian kemasukan..dan nnt kena ikuti pengajian bahasa turki selama setahun..sy ada terbca akak post yg kadang2 msa lecture kdg2 xfham..n mcm mna kita nk fahamkn apa yg lecturer ckp nnt kalau org turki sndiri kadang2 xfhm? N kalau xkeberatan..boleh sy mntak emel kak wani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam haszraud,

      University Hacettepe tu memang bagus untuk bidang medic. Seriously your agent said you boleh dpt tempat in Hacettepe? Jgn mudah percaya, sebab university tu antara uni yg susah sgt2 nak masuk di Turki ni. Especially bidang medic. And no extrance exam pulak? That's definitely too easy don't you think so? Cuba fikir macam ni, agent kata u boleh masuk uni Cambridge without entrance exam just eng course, logic ke x? It sounds exactly like that. So kalau agent u boleh pull string and bagi u masuk sana, mmg tabek spring la. Pasal x faham masa lecture tu, there's nothing u can do. Sbb dah native sendiri pun x faham sebab kadang2 diorang ckp bahasa Osmanli (especially lecturer tua). So apa yang you boleh buat, study sendiri or jumpa lecturer on private time basis for extra tuition, but lect memang selalu busy, so payah jugak nak jumpa diorang. Email saya ada on the upper right hand corner of this blog. Boleh email akak kat situ ok? :) Take care

      Delete
  11. bestnya, sy baru balik dari turki.

    jemput singgah blog, masih newbie lg..hek2.

    pijaremp.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. bestnya, sy baru balik dari turki.

    jemput singgah blog, masih newbie lg..hek2.

    pijaremp.blogspot.com

    ReplyDelete