Saturday, December 12, 2015

Shopping Guide Istanbul 2015 - Part 1

Apalagi, Jom Shopping!

 

Merhaba!!!



Salam semua, baru2 ni bila saya check stats blog saya, saya dapati ramai orang google tentang shopping di Istanbul. Since dah lama saya post pasal shopping guidelines in Istanbul tu, kali ni saya nak share lagi sekali, with an updated version of it.

1st of all you need to ask yourself, what do you want to buy? Barang jenis apa? Then you decide, nak ke area mana berdasarkan apa yang saya akan share di sini:
 

GRAND BAZAAR

      Grand Bazaar ni menarik gila sebenarnya, ada lebih kurang 4000 kedai kat dalam ni, dan ada lebih kurang 61 lorong di dalam Grand Bazaar. Kalau nak cakap pasal Grand Bazaar, it is just like a big maze. Confirm sesat! Apa2 pun, bila masuk Grand Bazaar kena beringat, semua harga di dalam Grand Bazaar merupakan harga tourist. Jadi kena bijak menawar. That’s one thing important about Grand Bazaar, nak shopping kena menawar, buat macam Chow Kit skit. 


Dalam Grand Bazaar
      Saya boleh bagi tips, apa pun price dia bukak, mintak separuh dari harga tersebut. After that pandai2 la korang J. Never show that you gila2 teringin benda tu, sebab diorang pandai baca muka, buat biasa2 je, as if “Ko x nak bagi aku harga tu? Fine, aku beli kat kedai lain / kedai lain berlambak!” then peluang you untuk dapat harga yang you nak lebih tinggi. Tapi jangan la korang mintak harga merepek pulak. Below are some price examples:

   Shawl – 12TL ke atas (depends atas jenis dan kualiti, paling bodow shawl kosong memang dalam 12TL shaja, mostly tahun ni dia letak harga 15TL). Kalau you tanya shawl satin, memang confirm la harga 70TL ke atas. Belum masuk shawl yang ada batu Swarovski lagi!
  Porcelain Iznik – maksud saya yang pinggan or mangkuk ada design embossed. Depends on size, slalunya mangkuk kecik dalam 10TL and harga dia meningkat ikut size. And kalau you beli kat Grand Bazaar, please refrain from using them for food, sebab x selamat. Sebab tu dia murah, lain la kalau you beli kat Chez Galip in Cappadocia, satu cawan harga 90$ USD, ha yang tu you boleh pakai buat minum air!
  Glass Lamp Yang ni memang cantik. Banyak betul tergantung2 kat dalam Grand Bazaar. Ada banyak size, ada yang jenis lampu meja, ada yang jenis lampu gantung, harga semua berubah mengikut size. Kalau yang jenis berangkai2 tu pulak, harga berubah2 mengikut berapa biji lampu in total. Slalu kalau yang lampu meja kecik harga starting dalam 40TL macam tu, kalau jenis lampu gantung yang ada 7 ketul lampu tu pulak mau cecah 250TL++! Apa2 pun, ikut selera. And x perlu risau, kaca lampu tu boleh dipilih mengikut selera korang. Kalau beli lampu kaki yang ada 9 ketul berangkai lampu tu korang nak buat warna pelangi pun boley! Janji, duit.  
  Turkish Tea Set  - Ni pun depends atas design, kalau design standard x de la bling2 sangat harga dia lebih kurang 25TL – 30TL sekotak. Dalam satu kotak tu ada 6 cawan dengan piring dia skali. And slalu yang bling2 cantik dalam tray dia display tu, bukan Turkish tea set, itu untuk Turkish coffee, siap ada design berlian2 gitew… Yang tu memang confirm mahal!
   Leather Coat – ni saya nak pesan, saya tak cadangkan beli baju kulit di Grand Bazaar. Sebab kebanyakannya either tipu, or harga dia letak gila2. Tapi kalau you memang jenis pandai tengok leather, silakan.
    Carpet – ni pun satu, saya x cadangkan beli carpet di Grand Bazaar. Sebab memang sangat banyak yang menipu or cekik darah. So x worth it langsung  
  Kekacang – Ok, kalau nak beli bende ni, baik beli dkt area Tahtakale or Spice Bazaar. What are those places? I akan explain kat bawah!  
   Spices – Nope, beli dekat spice bazaar, sebab lagi banyak pilihan.
  T-Shirt – Yup, boleh beli, but again, bargain! Starting price tahun 2015 standard price 15TL sehelai.
Magnets & Keychain – ha yang ni boleh beli. Slalunya magnet fridge biasa2 tu harga dia 3-4TL satu, beli 4 10TL. Keychain slalunya satu dalam 1-2TL. Ramai yang tanya kenapa ada batu biru macam mata dekat most keychain dkt sini? Itu namanya Nazar Bonju. Evil Eye Bead.

About Nazar Bonju / Evil Eye Bead
Merupakan kepercayaan kurafat orang Turki, dimana mereka mempercayai bahawa evil eye bead  dapat melindungi mereka dari ‘ain’ atau niat jahat dari orang sekeliling. Dikatakan evil eye bead ni berasal dari mitos Medusa, di mana mata Medusa berwarna biru. Seperti mana semua yang merenung terus ke dalam mata Medusa akan bertukar menjadi batu, seperti mana akhirnya Medusa ditewaskan oleh seorang askar yang menggunakan perisainya sebagai cermin, dan Medusa bertukar menjadi batu apabila melihat diri sendiri di perisai tersebut, maka orang Turki mengambil konsep terbabit dan terciptalah evil eye bead ini. Ada juga yang mengatakan bahawa evil eye bead ni berasal dari the Eye of Horus dari tamadun Mesir.  

Macam mana nak datang Grand Bazaar? Naik sahaja tramvay, dan turun di station Beyazit, Kapali Carsi. Apa yang menarik di sekitar Grand Bazaar? Kalau nak tau, pintu gerbang Istanbul University yang di bina sejak tahun 1453 oleh Sultan Mehmed II di zaman Turki Uthmaniyyah dulu. So apa lagi? Go straight to that big ass entrance and selfie!

Istanbul University Main Entrance

SPICE BAZAAR

Spice Bazaar aka Egyptian Bazaar

Ok, Spice Bazaar atau nama lainnya Egyptian Bazaar, terletak di Eminonu. Berhampiran New Mosque di Eminonu, satu lagi tarikan pelancong yang famous. Apa ada dekat Spice Bazaar? Well, kalau tengok nama, confirm la spice! But of course, ada juga bende2 lain yang dijual kat dalam ni. But mostly dekat Spice Bazaar, you akan banyak jumpa spice and Turkish Delight / Lokum.

New Camii / New Mosque, Eminonu

Nak beli lokum di sini, especially yang pakai timbang berat tu, bertawar sikit. Jangan kurang banyak sangat, but still tawar harga dia. But trust me standard Turkish Delight biasa you boleh beli yang siap bungkus dalam kotak. Sekotak dalam 10-15TL. But kalau you nak rasa something yang berlainan, then go ahead try yang bersusun cantik tu. Kebanyakan yang tu flavor dia lebih banyak, lebih trendy, dan yang penting ada yang dibuat dari honey 100%. 

Pomengranate & Pistachio Turkish Delight with Honey and Rose Petals

But when I said it is made from honey, beware of the price. Harga starting lokum yang diperbuat dengan madu ni, selalunya roughly around 70TL / kg or more. Slalu saya beli 200gram makan sorang pun lama nak habis, but no worries sebab bende ni x basi haha. Spice Bazaar ni  x besar macam Grand Bazaar, but di tepi Spice Bazaar ni ada area jual bermacam2 jenis cheese, daging kering, sayur jeruk dan juga ikan. So yang mana taste bud adventurous sikit, boleh la try. Walaupun Spice Bazaar ni kecil, but ada satu tempat menarik di belakang Spice Bazaar ni, nak tau lebih lanjut? Read below!

TAHTAKALE
                 
       Psst.. Nak tau x? Tahtakale ni sebenarnya antara tempat termurah di Istanbul. Terletak di belakang Spice Bazaar, Tahtakale ni merupakan tempat di mana most Turkish datang untuk beli macam2 bende mak nenek. Dari kopi, lokum, kacang, kitchen utensils, birthday party stuff, jaket, parang, cangkul, dumb bell, macam2 lagi la. Oh BTW, kepada mereka yang suka kopi… Ha ni nak bagi tau, brand kopi turki yang femes Mehmet Efendi Turkish Coffee tu, ada terdapat di Tahtakale. Kedai dia dekat je dengan Spice Bazaar. Katakan kalau u masuk Spice Bazaar from the front door, kalau you jalan straight sampai keluar balik belah belakang Spice Bazaar ni, you akan terus sampai berdepan dengan kedai kopi ni. Macam mana nak kenal kedai kopi ni? 1st clue tengok line yang panjang x hengat. Selama saya duduk sini, berkali2 saya pergi pun line dia tetap sama, panjang. And of course la 2nd clue is the biggest, bau kopi yang harum semerbak! By the way kalau you beli kopi ni dekat sini, harga dia murah sangat2 berbanding beli yang dalam tin dekat area Grand Bazaar, mahal x hengat!

Tahtakale
         Apa2 pun kalau ke tahtakale, x perlu nak bargain sangat2 dah, sebab kawasan ni memang dah murah, dan harga barang2 yang dijual di kawasan ni kebanyakannya memang untuk peniaga, kawasan wholeseller.

MAHMUTPAŞA
                
          Ok ni satu lagi kawasan di belakang kawasan Grand Bazaar. Kalau Tahtakale terletak di belakang Spice Bazaar, Mahmutpasa ni terletak di belakang Grand Bazaar. Kawasan ni pun murah berbanding Grand Bazaar, tapi mostly banyak jual tekstil product. Kalau teringin jubah2 Turki pun, boleh jumpa di kawasan ni. Kalau jalan2 di area ni, dari Grand Bazaar, jalan terus menurun, you can reach kawasan Eminonu, kawasan di mana terletaknya Spice Bazaar. Jadi secara kesimpulannya, Grand Bazaar ni macam satu kawasan di atas bukit, dan bila keluar dari belakang Grand Bazaar menurun bukit, korang akan sampai ke area Eminonu. Just kena rajin jalan la, menurun tak apa, kalau memanjat? Hahaha semput!


Mahmutpasa
       
        Perlu diingatkan, barang2 yang terdapat di area seperti Grand Bazaar tak mudah didapati di kawasan lain di Istanbul, kecuali kawasan tourist. Maknanya maybe you akan jumpa barang2 yang sama di kawasan Sultanahmet, Gulhane, Sirkeci and of course, kalau you jalan kaki di kawasan2 ini, semuanya mengahal back to Eminonu. So kalau nak beli apa2 touristic souvenir, saya memang cadangkan you guys beli je kat kawasan2 di atas. 

          Ok, so far I think cukup untuk kali ni. Kalau nak tau lebih tempat2 shopping spot in Istanbul, teruskan membaca, saya akan share lagi tempat2 syiok untuk shopping di Turki! Görüşürüz!



Monday, November 30, 2015

WARNING! Please Be Careful!

Tawaran Kerja Palsu Di Turkey

 

Merhaba!!!


Salam semua, kali ni saya nak berkongsi cerita tentang perkara yang membimbangkan yang melanda rakan2 kita di Malaysia. Baru2 ini saya menerima beberapa mesej di Facebook yang bertanyakan tentang perkara yang sama, iaitu tentang tawaran pekerjaan yang mereka terima dari syarikat 'ABC' menerusi job application site (saya x pasti website apa, tapi salah satunya datang dari website tawaran pekerjaan untuk negara2 Arab ala2 Jobstreet gitu, tp bukan Jobstreet tau!) 

Saudara kita yang pertama, ditawarkan jawatan asebagai Engineer, untuk sebuah syarikat contractor di Istanbul. Dia ditawarkan dengan gaji yang tersagatlah lumayan; 30,500TL, iaitu dalam kira2 RM45,750++ x termasuk allowances etc. Jadi disebabkan ragu2, saudara kita ni bertanya pada saya, kalau2 saya kenal syarikat tersebut atau, kalau2 saya boleh telefon untuk mengsahihkan tawaran tersebut. Dia forward pada saya surat tawaran kerja, yang mana ditulis dalam bahasa Inggeris, but of course, sekilas pandang saya rasa x sedap hati. 

Sebabnya satu sahaja, stamp approved at the end of the letter. Nampak macam stamp jualan lelong kat flyer2 yg slalu kita dapat? Akhirnya, saya telefon juga number yang tertera di surat, dan guess what I found, the number doesn't exist. Mengikut surat tu jugak, saudara kita ni kena bayar a total of $4100 USD untuk semua proses2 visa yang dikatakan akan dibayar balik pada hari ke-5 selepas memulakan jawatan tersebut. Dan semua visa2 ni akan diuruskan oleh syarikat Travel Agency 'Y'. Tetapi of course lah, bila dengar tawaran gaji sebanyak ni, dengan keadaan negara kita yang ntah apa2 sekarang, siapa x tergoda betul x. Jadi selepas saya nasihatkan dia yang saya rasa bende ni tipu, sahabat kita pun batalkan niat dia. 

X lama lepas tu, ada seorang saudari ni menghubungi saya pulak, dia tanya tentang perkara yang sama. Tapi kali ni saudari ni ditawarkan jawatan nurse di Istanbul. Di hospital yang bernama Kardikoy... And I was like Kadikoy tu nama center di Asian side, tapi, x pernah pulak saya dengar nama hospital ni!? Not to mention that, nama tempat tu Kadikoy, and nama hospital ni Kardikoy, terlebih R pulak... And dia pun tunjukkan surat tawaran pada saya. Gaji yang ditawarkan, perghhh!!! $9,500 USD iaitu dalam 28,500TL lebih kurang dalam RM40,470!!! Dan sekali lagi selepas tengok surat tawaran kerja hati saya menyumpah2 (x pasal2 banyak dosa hari tu, cait!) Kenapa taknye, format, cara penulisan, headings, semua sama. Yang lain cuma watermark paper terbabit. And of course x ketinggalan, the famous big ass APRROVED stamp at the end of it. I was like WTH? Apa purpose stamp ni sebenarnya??? Ko bukannya tengah buat jualan Courts Mammoth??? I know konon2 nak buat nampak macam sangat legit, tapi selalunya surat offer letter rasmi x de nak letak bende alah ni... And of course, dia pun kena bayar visa processing fee yang akan diuruskan oleh Travel Agency 'Y' ni... dan saya sekali lagi nasihatkan saudari ni supaya abaikan tawaran kerja ni. Dan yang lebih parahnya, rupanya bukan dia seorang yang dapat tawaran yang sama, kali ni offer letter yang sama dihantar secara besar2an kepada sekumpulan jururawat di Malaysia. 


Now, kenapa saya kata tipu: 


1st : TAWARAN GAJI YANG MEREPEK!!!

- Kalau nak tau, gaji standard di Istanbul, Turkey, untuk mereka yang berkelulusan ijazah, bermula dari 1,500TL - 2,500TL sahaja. Takda siapa yang dapat gaji gila2 macam tu, saya tunjuk offer letter dengan tawaran gaji yang ditawarkan $9,500 - $10,000 USD, kat orang sini diorang ketawa, siap buat lawak nak join skali wokeh!



2nd: PENGURUSAN VISA YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK KE-3

- Okay, maybe la sebab konon2 u guys x reti bahasa Turkey, so guna agency untuk memudahkan process. Still doubtful. 1, sebab kenapa pulak travel agency yang buat process visa??? Saya pun kerja travel agency jugak, xde pulak company ni buat mende2 alah ni. 2, slalunya bab working permit and visa ni, kalau kita ditawarkan kerja oleh syarikat di sini, company tu sendiri yang akan buat working permit tu dan semuanya ditanggung bersih oleh syarikat terbabit. I am pretty sure, dia akan suruh you apply online dulu untuk buat extended visa, or suruh you datang pakai tourist visa, sign contract dengan diorang and apply working permit while you are working there. And of course semua ditanggung company. Xde you kena bayar sendiri no matter what. 3, saudara kita yang pertama ada mesej saya borang visa dia, yang mana memang x sama langsung dengan borang visa yang saya isi sendiri dari website rasmi imigresen sini namely GÖÇ İdaresi, which means, borang yang dia dapat tu, FAKE!


3rd: NOMBOR TELEFON YANG DIBERIKAN

- Kalau ikut nombor telefon yang diberikan, no dia bermula dengan +90 5xx xxx xx xx. Now, nombor telefon di Turkey, kalau lepas country code +90 tu nombor 5, that means telefon tu HP. Kalau landline, contohnya Istanbul, it starts with 212. Meaning that, kalau nombor landline di Istanbul, akan jadi +90 212 xxx xx xx. Jadi, meh nak tanya, lojik x kalau syarikat besar, yang mampu bayar gaji beriban2 ni, x mampu pasang landline kat syarikat dia? Same goes with syarikat Travel Agency 'Y', nombor dia pun nombor HP, yang mana kalau saya call, nombor ni x terdapat di dalam perkhidmatan pun!


4th: ALAMAT

- Alamat yang paling obvious, alamat Travel Agency 'Y'. Alamat dia seperti berikut; Fulya Mahallesi, No: 3/4, Mecediyekoy, Turkey. X faham apa maknanya? Meh saya translate mengikut adress Shah Alam konon2. Kalau kat area Shah Alam, address ni akan jadi macam ni; Seksyen 2, No: 3/4, Shah Alam, Malaysia. Masih x faham? Fulya Mahallesi ni besar, banyak benor lorong2 nya, paling kurang dia kena state lorong no berapa. Baru jumpa bangunan tu. Kalau setakat 3/4 sampai tahun depan ko cari pun belum tentu jumpa! Mecediyekoy tu bapak la besar, macam kalau kat Malaysia you kata PJ or Shah Alam, mana nak tau kat mana exactly even though dia dah narrowkan ke Fulya district pun, still impossible nak jumpa tanpa nombor lorong.


5th: WESBITE

- Pergh tawaran hospital ni memang betul dia beria nak kencing, sebab siap buat website! Nak bagi you percaya yang hospital ni wujud. But, bile saya masuk website tu, pergi kat doktor2 panel dia, saya google sekor2. Doktor2 ni kebanyakannya datang dari tempat yang sama, salah sebuah hospital di DUBAI! Dan gambar2 tu sebenarnya time conference? Erk? So, memang FAKE!


6th: Big Ass Apprroved and Guarantee Seal...

- I mean what's with these 2 seals? Macam flyer Courts Mammoth aku tengok? You guys yang mana pernah dapat offer letter kerja, ada x yang ada tanda cop macam di bawah ni? Another thing, stamp hospital tu, sangat obvious bende tu digital stamp?





7th: PAYMENT METHOD

- I don't know for sure, tapi payment untuk Visa ni, disuruh bayar melalui Western Union... Pelik x? Selaluya kalau apa2, company mesti suruh bank in pakai account bank company. Bila pakai WU ni, nampak sangat penipu~ (sila baca guna nada Usop Wheelcha + goyang tangan + muncung mulut)...


8th: PELUANG

- Look, rakyat sini pun suffer dari issue pengangguran, disebabkan pelarian Syria yang masuk secara ramainya ke Turki dan kerja dengan gaji serendah2 alam, peluang pekerjaan rakyat Turki terjejas teruk. Kawan saya sendiri, fresh grad, dah 3 bulan menganggur, mintak kerja x dapat. So, what makes you think orang sini nak amik orang kita kerja kat sini mudah2... Nak2 dengan gaji yang sangat tinggi? Sounds too good to be true? Yep?


9th: BAHASA

- Negara Turki bukan pentingkan bahasa Inggeris pun. Rata2 rakyat sini memang x tau English langsung! So kalau you tak tahu bahasa Turki, chances you nak dapat kerja elok with stable salary tu is very very low. So basically, nak survive kerja sini, dengan company sini, you kena tahu bahasa Turki. Kalau yang x tahu bahasa Turki tapi kerja sini tu, selalunya dihantar oleh company dari Malaysia, bukan direct employed dari sini.