Saturday, December 12, 2015

Shopping Guide Istanbul 2015 - Part 1

Apalagi, Jom Shopping!

 

Merhaba!!!



Salam semua, baru2 ni bila saya check stats blog saya, saya dapati ramai orang google tentang shopping di Istanbul. Since dah lama saya post pasal shopping guidelines in Istanbul tu, kali ni saya nak share lagi sekali, with an updated version of it.

1st of all you need to ask yourself, what do you want to buy? Barang jenis apa? Then you decide, nak ke area mana berdasarkan apa yang saya akan share di sini:
 

GRAND BAZAAR

      Grand Bazaar ni menarik gila sebenarnya, ada lebih kurang 4000 kedai kat dalam ni, dan ada lebih kurang 61 lorong di dalam Grand Bazaar. Kalau nak cakap pasal Grand Bazaar, it is just like a big maze. Confirm sesat! Apa2 pun, bila masuk Grand Bazaar kena beringat, semua harga di dalam Grand Bazaar merupakan harga tourist. Jadi kena bijak menawar. That’s one thing important about Grand Bazaar, nak shopping kena menawar, buat macam Chow Kit skit. 


Dalam Grand Bazaar
      Saya boleh bagi tips, apa pun price dia bukak, mintak separuh dari harga tersebut. After that pandai2 la korang J. Never show that you gila2 teringin benda tu, sebab diorang pandai baca muka, buat biasa2 je, as if “Ko x nak bagi aku harga tu? Fine, aku beli kat kedai lain / kedai lain berlambak!” then peluang you untuk dapat harga yang you nak lebih tinggi. Tapi jangan la korang mintak harga merepek pulak. Below are some price examples:

   Shawl – 12TL ke atas (depends atas jenis dan kualiti, paling bodow shawl kosong memang dalam 12TL shaja, mostly tahun ni dia letak harga 15TL). Kalau you tanya shawl satin, memang confirm la harga 70TL ke atas. Belum masuk shawl yang ada batu Swarovski lagi!
  Porcelain Iznik – maksud saya yang pinggan or mangkuk ada design embossed. Depends on size, slalunya mangkuk kecik dalam 10TL and harga dia meningkat ikut size. And kalau you beli kat Grand Bazaar, please refrain from using them for food, sebab x selamat. Sebab tu dia murah, lain la kalau you beli kat Chez Galip in Cappadocia, satu cawan harga 90$ USD, ha yang tu you boleh pakai buat minum air!
  Glass Lamp Yang ni memang cantik. Banyak betul tergantung2 kat dalam Grand Bazaar. Ada banyak size, ada yang jenis lampu meja, ada yang jenis lampu gantung, harga semua berubah mengikut size. Kalau yang jenis berangkai2 tu pulak, harga berubah2 mengikut berapa biji lampu in total. Slalu kalau yang lampu meja kecik harga starting dalam 40TL macam tu, kalau jenis lampu gantung yang ada 7 ketul lampu tu pulak mau cecah 250TL++! Apa2 pun, ikut selera. And x perlu risau, kaca lampu tu boleh dipilih mengikut selera korang. Kalau beli lampu kaki yang ada 9 ketul berangkai lampu tu korang nak buat warna pelangi pun boley! Janji, duit.  
  Turkish Tea Set  - Ni pun depends atas design, kalau design standard x de la bling2 sangat harga dia lebih kurang 25TL – 30TL sekotak. Dalam satu kotak tu ada 6 cawan dengan piring dia skali. And slalu yang bling2 cantik dalam tray dia display tu, bukan Turkish tea set, itu untuk Turkish coffee, siap ada design berlian2 gitew… Yang tu memang confirm mahal!
   Leather Coat – ni saya nak pesan, saya tak cadangkan beli baju kulit di Grand Bazaar. Sebab kebanyakannya either tipu, or harga dia letak gila2. Tapi kalau you memang jenis pandai tengok leather, silakan.
    Carpet – ni pun satu, saya x cadangkan beli carpet di Grand Bazaar. Sebab memang sangat banyak yang menipu or cekik darah. So x worth it langsung  
  Kekacang – Ok, kalau nak beli bende ni, baik beli dkt area Tahtakale or Spice Bazaar. What are those places? I akan explain kat bawah!  
   Spices – Nope, beli dekat spice bazaar, sebab lagi banyak pilihan.
  T-Shirt – Yup, boleh beli, but again, bargain! Starting price tahun 2015 standard price 15TL sehelai.
Magnets & Keychain – ha yang ni boleh beli. Slalunya magnet fridge biasa2 tu harga dia 3-4TL satu, beli 4 10TL. Keychain slalunya satu dalam 1-2TL. Ramai yang tanya kenapa ada batu biru macam mata dekat most keychain dkt sini? Itu namanya Nazar Bonju. Evil Eye Bead.

About Nazar Bonju / Evil Eye Bead
Merupakan kepercayaan kurafat orang Turki, dimana mereka mempercayai bahawa evil eye bead  dapat melindungi mereka dari ‘ain’ atau niat jahat dari orang sekeliling. Dikatakan evil eye bead ni berasal dari mitos Medusa, di mana mata Medusa berwarna biru. Seperti mana semua yang merenung terus ke dalam mata Medusa akan bertukar menjadi batu, seperti mana akhirnya Medusa ditewaskan oleh seorang askar yang menggunakan perisainya sebagai cermin, dan Medusa bertukar menjadi batu apabila melihat diri sendiri di perisai tersebut, maka orang Turki mengambil konsep terbabit dan terciptalah evil eye bead ini. Ada juga yang mengatakan bahawa evil eye bead ni berasal dari the Eye of Horus dari tamadun Mesir.  

Macam mana nak datang Grand Bazaar? Naik sahaja tramvay, dan turun di station Beyazit, Kapali Carsi. Apa yang menarik di sekitar Grand Bazaar? Kalau nak tau, pintu gerbang Istanbul University yang di bina sejak tahun 1453 oleh Sultan Mehmed II di zaman Turki Uthmaniyyah dulu. So apa lagi? Go straight to that big ass entrance and selfie!

Istanbul University Main Entrance

SPICE BAZAAR

Spice Bazaar aka Egyptian Bazaar

Ok, Spice Bazaar atau nama lainnya Egyptian Bazaar, terletak di Eminonu. Berhampiran New Mosque di Eminonu, satu lagi tarikan pelancong yang famous. Apa ada dekat Spice Bazaar? Well, kalau tengok nama, confirm la spice! But of course, ada juga bende2 lain yang dijual kat dalam ni. But mostly dekat Spice Bazaar, you akan banyak jumpa spice and Turkish Delight / Lokum.

New Camii / New Mosque, Eminonu

Nak beli lokum di sini, especially yang pakai timbang berat tu, bertawar sikit. Jangan kurang banyak sangat, but still tawar harga dia. But trust me standard Turkish Delight biasa you boleh beli yang siap bungkus dalam kotak. Sekotak dalam 10-15TL. But kalau you nak rasa something yang berlainan, then go ahead try yang bersusun cantik tu. Kebanyakan yang tu flavor dia lebih banyak, lebih trendy, dan yang penting ada yang dibuat dari honey 100%. 

Pomengranate & Pistachio Turkish Delight with Honey and Rose Petals

But when I said it is made from honey, beware of the price. Harga starting lokum yang diperbuat dengan madu ni, selalunya roughly around 70TL / kg or more. Slalu saya beli 200gram makan sorang pun lama nak habis, but no worries sebab bende ni x basi haha. Spice Bazaar ni  x besar macam Grand Bazaar, but di tepi Spice Bazaar ni ada area jual bermacam2 jenis cheese, daging kering, sayur jeruk dan juga ikan. So yang mana taste bud adventurous sikit, boleh la try. Walaupun Spice Bazaar ni kecil, but ada satu tempat menarik di belakang Spice Bazaar ni, nak tau lebih lanjut? Read below!

TAHTAKALE
                 
       Psst.. Nak tau x? Tahtakale ni sebenarnya antara tempat termurah di Istanbul. Terletak di belakang Spice Bazaar, Tahtakale ni merupakan tempat di mana most Turkish datang untuk beli macam2 bende mak nenek. Dari kopi, lokum, kacang, kitchen utensils, birthday party stuff, jaket, parang, cangkul, dumb bell, macam2 lagi la. Oh BTW, kepada mereka yang suka kopi… Ha ni nak bagi tau, brand kopi turki yang femes Mehmet Efendi Turkish Coffee tu, ada terdapat di Tahtakale. Kedai dia dekat je dengan Spice Bazaar. Katakan kalau u masuk Spice Bazaar from the front door, kalau you jalan straight sampai keluar balik belah belakang Spice Bazaar ni, you akan terus sampai berdepan dengan kedai kopi ni. Macam mana nak kenal kedai kopi ni? 1st clue tengok line yang panjang x hengat. Selama saya duduk sini, berkali2 saya pergi pun line dia tetap sama, panjang. And of course la 2nd clue is the biggest, bau kopi yang harum semerbak! By the way kalau you beli kopi ni dekat sini, harga dia murah sangat2 berbanding beli yang dalam tin dekat area Grand Bazaar, mahal x hengat!

Tahtakale
         Apa2 pun kalau ke tahtakale, x perlu nak bargain sangat2 dah, sebab kawasan ni memang dah murah, dan harga barang2 yang dijual di kawasan ni kebanyakannya memang untuk peniaga, kawasan wholeseller.

MAHMUTPAŞA
                
          Ok ni satu lagi kawasan di belakang kawasan Grand Bazaar. Kalau Tahtakale terletak di belakang Spice Bazaar, Mahmutpasa ni terletak di belakang Grand Bazaar. Kawasan ni pun murah berbanding Grand Bazaar, tapi mostly banyak jual tekstil product. Kalau teringin jubah2 Turki pun, boleh jumpa di kawasan ni. Kalau jalan2 di area ni, dari Grand Bazaar, jalan terus menurun, you can reach kawasan Eminonu, kawasan di mana terletaknya Spice Bazaar. Jadi secara kesimpulannya, Grand Bazaar ni macam satu kawasan di atas bukit, dan bila keluar dari belakang Grand Bazaar menurun bukit, korang akan sampai ke area Eminonu. Just kena rajin jalan la, menurun tak apa, kalau memanjat? Hahaha semput!


Mahmutpasa
       
        Perlu diingatkan, barang2 yang terdapat di area seperti Grand Bazaar tak mudah didapati di kawasan lain di Istanbul, kecuali kawasan tourist. Maknanya maybe you akan jumpa barang2 yang sama di kawasan Sultanahmet, Gulhane, Sirkeci and of course, kalau you jalan kaki di kawasan2 ini, semuanya mengahal back to Eminonu. So kalau nak beli apa2 touristic souvenir, saya memang cadangkan you guys beli je kat kawasan2 di atas. 

          Ok, so far I think cukup untuk kali ni. Kalau nak tau lebih tempat2 shopping spot in Istanbul, teruskan membaca, saya akan share lagi tempat2 syiok untuk shopping di Turki! Görüşürüz!