Wednesday, August 7, 2013

Guidelines for Public Transportation in Istanbul

Jalan-Jalan Cari Pasal Di Istanbul Part 1

Merhaba!!!

           
          Hi, post kali ni akan berkisar tentang public transportation yang terdapat di Istanbul. So kepada sesiapa yang nak datang melawat Istanbul, saya harap post ni dapat memberikan informasi-informasi berguna kepada anda semua. But please bear in mind there might be public transportation yang ada yang saya tak mampu nak terangkan sebab saya sendiri pun tak pernah guna! At least, setakat anda nak berjalan-jalan di Istanbul ni, saya rasa apa yang saya akan terangkan di sini dah memadai untuk anda gunakan ketika percutian anda di Istanbul…

Perkara penting yang patut anda lakukan sebelum berjalan-jalan di Istanbul…


          Okay, in my previous post saya dah bagitau pasal Istanbul Kad kan? So sekali lagi saya nak ingatkan sebelum start berjalan-jalan around Istanbul please get a hold of this card. Bukan apa, with this card your journey akan jadi lebih smooth, sebab cepat, efficient and lebih murah. Don't forget kalau guna kad ni memang tramvay fee is reduced by 1TL = RM1.70. So apa lagi? Dah beli and reload kad tu? So let's move on to the transportation part. Kepada yang still blur apa Istanbul Kad ni, please refer to my previous post:





Macam mana Istanbulite bergerak dari satu tempat ke satu tempat?


          Jeng jeng jeng~ Surprise!!! Naik kereta la mesti! Tapi of course la tak semua, sebab Istanbul ni class distribution dia tak balance, kalau kena yang kaya, melampau kayanya, kalau kena yang susah, melampau pulak susahnya… Susah nak cari betul2 middle class kat sini, either family senang atau susah, tengah-tengah tu macam susah sikit nak jumpa. Anyway, dah terbabas topik lain pulak, back to the transportation. Bagi Istanbulite yang tidak mempunyai kereta (macam saya jugak!) amatlah tidak terasa hati sekalipun. Sebab, public transportation di Istanbul teramatlah convenient. So walaupun saya di Malaysia nak pergi 7-11 500m depan rumah tu pun ha, naik kereta. Kat sini, saya naik bas, berjalan kaki bagai, 1-2km pun tak pernah terasa hati sebab udara yang nyaman dan pemandangan yang cantik gitu~ (ayat sedapkan hati sendiri okay!) Plus bonus! Turun berat badan itu yang penting!

Jenis-jenis public transportation yang terdapat di Istanbul:


1)   Tramvay


          Tramvay ni kalau nak tau rupanya mcm LRT tu je ha, tp dia bergerak atas jalan raya, in the middle of the street between jalan untuk kereta. Kalau nak kira, most of the tourist yang datang sini, memang akan guna tramvay ni untuk ke famous spot seperti Aya Sofya, Sultan Ahmet Blue Mosque, Laleli (tempat shopping!), The Grand Bazaar or known as Kapalı Çarşı (lagi tempat shopping!), Çemeberlitaş (ada hamam best di sini – Çemeberlitaş Hamam), Eminönü (get down here to take the vapur aka seabus) and Kabataş yang mana merupakan stop paling penting, sebab ini merupakan pit stop terakhir, kalau nak ke Taksim, kene tukar kepada Füniküler (underground funicular railways) di sini. Kat sinilah ramai tourist akan tanya, “Taksim? Where? Taksim?” Hah, jadi kalau anda semua dah baca post ni, boleh la berlagak dengan bestnya pergi ke Taksim ala-ala Istanbulite!


 

        Ok, for tramvay ada dua jenis. Satu berwarna biru (Erk!!! Yang biru kadang-kadang dibaluti iklan satu tram, so pandai-pandai la tengok bentuk dia!), satu berwarna merah. Yang merah ni baru sikit nak banding dengan yang biru, tapi kalau saya, saya akan slalu tunggu yang biru! Nak tau kenapa? Sebab yang biru tu mengandungi lebih banyak seat compared to yang merah... Walaupun tramvay memang selalu pack, tapi kalau naik yang biru tu, at least chances nak dpt tempat duduk lepas orang lain turun tu lebih tinggi dari yang merah! Jangan kata saya tak hint ok?

         Another thing saya nak ingatkan. Atas kepala tramvay ni, slalunya dia akan tulis nama stesen terkahir bagi tramvay tu. Contohnya, kalau dia tulis Bağcılar, maknanya tramvay tu akan lalu semua stop sampai la station Bağcılar which is the last station on the line. So normally, atas kepala tramvay akan tulis either Bağcılar or Kabataş. Tramvay ni akan bergerak dari station Bağcılar ke station Kabataş or dari station Kabataş ke station Bağcılar. BUT! Kadang-kadang, akan ada tramvay yang tertulis Eminönü. Kalau contohnya anda dari Sultan Ahmet, nak ke Kabataş, kalau anda ambik tramvay ni, dia akan stop di station Eminönü kemudian dia akan patah balik ke Bağcılar. Ha, jadi kalau dah ternaik tramvay ni macam mana? Kene la turun kat Eminönü and tunggu tramvay lain datang. So slalunya kalau saya, saya akan tunggu je dari awal tramvay yang memang tertulis Kabataş, tak payah nak tunggu tramvay lain pulak, satu hal je. And another thing, kalau contohnya anda di Kabataş, tak perlu confuse whether tramvay tu akan pergi menghala ke arah Sultan Ahmet ke, Laleli ke, dan sebagainya, sebab dah memang confirm dia akan bertolak balik ke arah Bağcılar.  

          Ramai tourist yang tanya soalan ni sebenarnya kat station Kabataş sampai naik penat nak jawab! Dah memang station last Kabataş, mana ada lagi station lain selepas tu? So tolong la jangan tanya soalan ni ok? So the key here? Tengok kepala tramvay, and tengok peta tramvay tu, mana station yang anda nak turun. Don't worry, dia memang akan berenti di setiap station, kecuali kalau station tu ada kerja-kerja pembaikan. And route dia, memang selalu macam ni, tidak akan berubah, kecuali kalau tiba-tiba ada kemalangan ke, protest ke, jadi diorang decide tak nak move on, but dia akan buat pengumuman for this. But sadly, the announcement slalunya memang in Turkish la, so kalau jadi macam ni, tanya la sesiapa kat dalam tu yang agak-agak macam pandai cakap English. So nak tau station-station tramvay di Istanbul, please refer to the map melalui link di bawah, refer to the dark blue line, itulah route tramvay di Istanbul.


2)   Füniküler (Underground Funicular)

          Funicular ni terdapat di Kabataş station, pit stop dia cuma satu, iaitu Taksim. Kalau naik funicular ni, trick dia satu sahaja, masuk pintu belah kanan, keluar memang pintu belah kiri, meaning masuk pintu sini keluar pintu opposite tak payah nak pening-pening kepala belah mana nak keluar! And funicular ni dia punya level of frequency is around 3-5 minutes interval. Tak lama pun naik benda ni, dah kata stesennya cuma satu. Once you get out from this funicular, tengok sign board above your head lepas keluar dari gate funicular, anda akan nampak sign bertulis Taksim Meydanı. Yes, follow that sign, naik escalator tu, panjat tangga depan kedai bunga and cenderahati tu and voila! You will arrive at Taksim Square! Easy? Yep. Jangan terkonpius pergi sampai ke stesen metro sudah! Kalau nak tau, stesen funicular Taksim ni bersambung dengan stesen Metro Taksim. Apa pulak metro ni? Next!




3)   Metro

Metro ni ada 4 jenis. Namely M1, M2, M3 and M4 line. So kat sini saya akan discuss only about M1 and M2 sebab saya rasa yang ni most probably will be used by tourists. Lagipun M3 and M4 tu, saya yang duduk Istanbul dah nak masuk 2 tahun ni pun tak pernah naik ok! So nanti saya dah naik boleh cerita... Hahaha....

M1 Aksaray - Atatürk Havalimanı Metro


           M1 ni station dia bermula dari Aksaray hinggalah ke Atatürk airport. So bagi backpackers, or tourist yang tak nak naik taxi, bolehlah naik train ni untuk ke airport. Don't worry, tak semestinya anda kene naik train ni dari Aksaray, sebab there are few tramvay stations yang merupakan interchange station dengan station M1 ni. Salah satu contoh adalah station Zeytinburnu. Di station Zeytinburnu ni, memang interchange spot for Tramvay, Metro and Metrobüs. Train ni pun kene hati-hati, make sure tengok kepala train, apa nama station yang tertulis. Kalau nak ke airport or mana-mana station yang on the way to the airport, make sure ambik train yang tertulis Havalimanı. Kalau tak nanti, ada jugak yang sesat ke arah Kirazlı sebab diorang dah launch train M3 Başakşehir Metro yang mana line dia bermula dari Otogar. So be careful, baca atas kepala train tu betul-betul, or baca panel train arrival announcement, normally dia akan state train ke airport akan sampai dalam berapa minit lagi, or train ke Kirazlı akan reach within how many minutes more. Nak tau line for M1? Refer to the map dari link di bawah. M1 diwakili oleh red line.


M2 Şişhane - Hacıosman Metro

          M2 merupakan underground subway in Istanbul yang goes through most of the modern European side of Istanbul. Trust me banyak tourist yang datang dengan tourist guide tak sempat kenal pun Metro ni sebab kebanyakan area yang diorang visit, tak banyak or maybe tak ada pun yang menggunakan metro! Kalau anda jalan-jalan di area Sultan Ahmet dan sebagainya, anda mesti rasa Istanbul ni antik. But once you see this metro, anda mesti akan rasa modern pulak rupanya Istanbul ni? Saya paling suka flatscreen kat every Metro stop sebab everytime train nak sampai, screen tu mesti akan paparkan lembu hidup yang berkata “Tren geliyooooo~” Maksudnya the train is coming~ Cute sangat! 

           Salah satu station penting metro M2 ni? Şişli – Mecediyeköy. Kenapa stesen ni penting? For me, it’s a must go destination. Di stesen ni anda akan keluar melalui Fulya exit (ada dua exits at this station, make sure you choose Fulya). Melalui Fulya exit ni, anda akan sampai terus ke basement entrance of Cevahir Shopping Mall. Shopping mall ni kalau anda nak tahu, merupakan yang terbesar di Europe between 2005-2011! Dia besar sikit dari Times Square, tapi kedai-kedai dalam ni semua kedai-kedai berjenama. Kalau anda tersalah keluar exit? Jangan panik, memang anda akan keluar agak jauh sikit dari Cevahir, but anda boleh tanya org sekeliling, macam mana nak pergi Cevahir, jarak dia tidak la jauh mana pun, maybe dalam 500m? Please refer to the map in the link provided below untuk tahu line for M2. M2 line is represented by the green line.






 

My favourite sight at Taksim Metro Station :)

To be continued...