Wednesday, May 23, 2012

Turkish Government Scholarship 2013! DEADLINE 1st JUNE 2012!!!

Iklan Tawaran Biasiswa Kerajaan Turki

Ciaossu!!!

          Okay, saat yang dinanti2 setiap tahun telah tiba... Kerajaan Turkey secara officially telah mengeluarkan iklan tentang tawaran scholarship untuk pelajar Malaysia. Anda boleh melihat iklan ni di sini:




 
Turkish Government Scholarship Advertisement 2012





          Mengikut iklan di atas, untuk maklumat lanjut anda perlu melawat laman web mengikut link yang diberi yang mana merupakan laman web utama untuk biasiswa kerajaan Turkey kali ni. (Banyak hal la pulak, time saya apply dulu tak ada pulak macam ni!) Anda boleh masuk ke laman web utama biasiswa tersebut mengikut link ini:





Jangan Lupa Tukar Bahasa!!!
*Important notes*

Before you get excited, scholarship2 ini hanya available untuk:

1) For Undergraduates: Candidates born not earlier than 01.01.1991
2) For master’s candidates: Candidates born not earlier than 01.01.1982
3) For Ph.D candidates: Candidates born not earlier than 01.01.1977
4) For research candidates: Candidates born not earlier than 01.01.1967

Sila check betul2 tarikh lahir anda, jangan buat2 lupa tahun pulak! Kalau dah, sila continue baca entry ni. 



For Undergraduate Students (Peringkat Ijazah):


          Berdasarkan apa yang saya baca di website ini, Golden Horn Scholarship ditawarkan untuk pelajar dari Malaysia yang ingin memohon bagi meneruskan pelajaran di peringkat Bachelor Degree (Ijazah).  Yang lain2 tu untuk negara lain2.

Follow the Magenta Arrow for the Scholarship Available for Malaysians!



          Melalui link di atas, anda boleh baca sendiri bagaimana untuk apply, apa kriteria2 yang perlu dipenuhi oleh pemohon scholarship ini. Dan yang paling bagus, di sini anda juga dapat melihat senarai university2 di Turkey yang layak untuk anda memohon sekiranya anda berjaya mendapatkan scholarship ini.


For Graduate Students (Peringkat Master & PHD):


Scholarships Available for Graduate Students

          Bagi pelajar peringkat Master & PHD pula, terdapat 4 jenis scholarship ditawarkan di sini. Anda boleh memilih mana2 scholarship yang anda ingin pohon berdasarkan field of study yang anda ingini. Contohnya:

ALİ KUŞÇU SCIENCE AND TECHNOLOGY GRADUATE AND RESEARCH SCHOLARSHIP - for Science & Technology Students
IBNI HALDUN SOCIAL SCIENCES GRADUATE AND RESEARCH SCHOLARSHIP - for Social Sciences students
ECONOMIC STUDIES GRADUATE AND RESEARCH SCHOLARSHIP - for Economics Students
HISTORY AND CIVILIZATION GRADUATE AND RESEARCH SCHOLARSHIP - for History Students  
 
 New Offers Included In These Scholarships:
 
          Antara perkara menarik yang saya baca di dalam tawaran scholarship kali ini selain dari apa yang saya sebut in my previous entry regarding this scholarship:
Dan sama seperti Undergraduate Students,  

  • Housing opportunities are provided (Sumpah saya tak tahu kalau dia maksudkan apartment atau hostel! Sebab selalunya hostel memang diberi!) 
  • Round trip flight ticket from Malaysia to Turkey! (Tak tahu whether annually atau sekali sahaja. Weee! Saya pun excited jugak especially if it's going to be annual event sebab setahu saya, diorang masih lagi dalam peringkat discussion bagi perkara ni. Well since diorang dah state kat sini, maknanya mungkin saya pun boleh dapat tiket balik Malaysia! Score!)
     
 
          That's it. Itu sahajalah untuk kali ini. Nak tahu lebih lanjut tentang scholarship2 ini, silalah baca sendiri. Kalau malas, maka lebih baiklah anda tak apply langsung! Bagi mereka yang ingin apply, saya ucapkan İyi şanslar! (Good Luck!)
 
    


Mode:

Thursday, May 17, 2012

...Turkish Universities and Their Rankings...

Universiti-universiti Yang 'Glamour' di Turkey

Ciaossu!!!


          Ok, kali ni saya nak share sikit tentang university2 yang glamour di Turkey. Kalau di Malaysia university2 seperti UM, UIA, UPM, UKM, UTM, USM dan lain2 lagi menjadi kebanggan negara kita, di Turkey ni ada banyak jugak university yang diidam2kan oleh ramai pelajar. Antara list terbaru yang saya lihat adalah seperti di bawah:

Top 10 Turkish University in Turkey, 2012


          All right, sebenarnya, kalau nak dikira, antara Boğaziçi Üniversitesi dan Istanbul Teknik Üniversitesi saya tak boleh nak cakap yang mana satu lagi best, sebab tiap2 university yang glamour di Turkey ni ada bidang kepakaran masing2. Contohnya:

Technical Line - such as construction, engineering, computer:

Istanbul Teknik Üniversitesi (İTÜ) / Orta Doğu Teknik Üniversitesi (ODTÜ) aka Middle East Technical University

Medical Line - pharmacy, medicine etc.

Hacettepe  Üniversitesi 

Others - social sciences, economics, business etc. 

Boğaziçi Üniversitesi


          Habis tu, kenapa ranking dekat google lain2? Berdasarkan apa yang saya baca, Istanbul Teknik Üniversitesi dan few other universities yang rankingnya agak tinggi di mata dunia lebih banyak mengeluarkan articles internationally dan disebabkan ini, ranking university2 ni berlainan berbanding dengan preference rakyat Turkey sendiri. 


What About The Language?


          Well, here's the thing. Tak semua university di Turkey yang menggunakan English sebagai bahasa perantaraan or "medium" bagi sesi pembelajaran. Kebanyakan masih menggunakan Turkish language as a medium, but university2 seperti Istanbul Teknik Üniversitesi, Boğaziçi Üniversitesi, Hacettepe Üniversitesi, Bilkent University (yea, it's not in the list, but its among top 300 in the world for 2012 yang mana kalau nak kira, Bilkent University ni adalah no.1 di Turkey) yang menggunakan English as their teaching medium. 

          Tapi, antara semua yang saya sebut disini semua merupakan public university dan Bilkent University adalah private university. Ini sama saja macam kes Lim Kok Wing University or Sunway University vs. Pusat Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Tapi kalau di  Turkey ni, kalau anda kata anda masuk Istanbul Teknik Üniversitesi or Boğaziçi Üniversitesi mesti semua akan pandang anda dengan mata terbelalak dan muka yang penuh dengan admiration, sebab bagi diorang susah sangat nak masuk kedua2 university ni. Almaklumlah, orang Turkey ni sama je macam orang Jepun, tang English tu diorang 'kureng' sikit! Saya rasa kalau rakyat Malaysia yang tak berapa lancar bercakap English datang ke sini pun, mesti rasa best habis kalau cakap English dengan orang Turkey!


Mode:


Sleepy


Monday, May 7, 2012

So, What Do I Get With MEB (Hükümet) Scholarship?

Apa Yang Anda Dapat Dengan Scholarship Ni?

Ciaossu!!!

          Ok, sekarang saya akan explain apa yang anda dapat dari scholarship ni? Penerima scholarship ini akan mendapat:

  • Kursus Bahasa Turkey di Ankara Universitesi TÖMER Institution (yuran dibayar penuh oleh kerajaan, kecuali buku perlu dibayar separuh harga)
  • Tajaan belajar di Universiti di negara Turkey (University fees dibayar penuh oleh keraajaan Turkey)
  • Asrama
  • Free hospital visit and medicine (cuma untuk hospital kerajaan sahaja, tidak termasuk dentistry and major operation) 
  • Duit belanja (PHD = 550TL, Master 450TL & Degree 350T

          Perlu diingatkan, semua pelajar yang berjaya mendapatkan scholarship ni akan dihantar untuk belajar bahasa Turkey di negara Turkey (tapi suka2 hati dia nak campak anda dekat mana, tak semestinya anda akan dapat Istanbul!). Tempoh kursus bahasa Turkey ni adalah lebih kurang 1 tahun (contohnya macam saya, bermula dari hujung October 2011 - July 2012).

Cukup ke duit poket tu?

          Cukup kalau tidak membazir! Harga makanan di asrama adalah jauh lebih murah dari di luar, dan di bandar2 selain dari bandar seperti Istanbul adalah lebih murah. DAN!! Walaupun Ankara merupakan capital city bagi negara Turkey, Ankara adalah jauh lebih murah dari Istanbul (Pelik kan? Jangan tanya kenapa, saya pun tak tau!) Jadi, kena pandai2 sendirilah nak save duit belanja. Bagi saya kalau dinner dekat asrama, banyak jugak save banding dekat luar! Contoh standard harga makanan dekat luar:


  • Pide Döner - Tavuk (Chicken Sandwich tapi roti bulat, size burger Whopper Burger King) = 1.50TL ~ 2.00TL 
  • Pide Döner - Et (Beef Sandwich = 4.00TL ~ 4.50TL
Pide Döner
  •  Ekmek Arası Dürüm - Tavuk (Chicken Sandwich; tapi roti jenis kulit keras, boleh buat senjata!) = 2.00TL ~ 2.50TL 
  • Ekmek Arası Dürüm - Et (Beef Sandwich; kalau teringin sangat je beli, sebab mahal tak ingat!) = 5.00TL ~ 6.00TL

Ekmek Arası Dürüm
  • Lavaş Dürüm - Tavuk (Chicken Wrap; ingredient yang sama tapi roti dia macam capati yang lembut dan tak kering sangat) = 4.00TL ~ 4.50TL
  • Lavaş Dürüm - Et (Beef Wrap) = 7.00TL ~ 8.00TL

Lavaş Dürüm
  •  Air Coke (satu tin) = 1.75TL ~ 2.00TL 
  • Air mineral = 0.50TL ~ 1.00TL
  • Turkish tea (gelas kecil, besar sikit dari gelas expresso!) = 0.75TL ~ 1.00TL 

Turkish Tea
 
 *semua daging yang terdapat dalam makanan di atas merupakan daging Döner (kebab gantung; best sebab daging ni dah diperap secukup rasa! Yummy!)*


          Kalau anda ditempatkan di Istanbul, anda boleh apply untuk kad (ala2 Touch N' Go) untuk public transportation macam bas dan tramvay (LRT) yang mana anda perlu bayar 40TL setahun sekali, tapi selepas tu hampir semua main public transportation di Istanbul jadi free. Perlu juga diingatkan, kad ini tak dapat digunakan di bandar lain di Turkey, jadi kalau anda ditempatkan di bandar lain, this card will not be available. Mungkin ni salah satu strategy kerajaan untuk meringankan beban student di Istanbul. So, until next time!




Mode:

Pengsan

Types of Turkish Government Scholarships

Jenis-jenis Scholarship Kerajaan Turkey

Ciaossu!!!

          First saya nak bagitau tentang jenis2 scholarship Turkish Government yang saya tahu. Turkish Govt. Scholarship ni ada 2 jenis, iaitu:

  • Devlet Bursu (State Scholarship)
  • Milli Eğitim Bakanlığı Bursu (Higher Ministry of Education Scholarship) @ Hükümet Bursu (Government Scholarship)

          Ok, apa beza antara 2 scholarship ni? Sebenarnya kalau translate bahasa Turkey ke bahasa Melayu kedua2 ni membawa maksud scholarship kerajaan Turkey. Tapi setakat ni, semua Malaysian yang dapat scholarship ni will be registered under MEB (Hükümet Bursu). As for Devlet Bursu, setakat ni yang saya tahu cume pelajar dari Kazakhistan dan yang sewaktu dengannya yang banyak dapat scholarship devlet ni. Ok, back to the differences between these 2 scholarship:

Devlet Bursu:

  • Semua buku pembelajaran bahasa Turkey, ditaja PENUH oleh kerajaan Turkey.
  • Perlu menduduki University Entrance Exam untuk masuk ke universiti selepas tamat kursus bahasa Turkey (exam ni bapak susah ok!)
  • Universiti yang boleh dipilih adalah terhad (maknanya tak semua universiti boleh masuk; kene ikut list yang kerajaan sediakan)
  
Hükümet Bursu:

  • Buku2 untuk pembelajaran bahasa Turkey TIDAK ditaja PENUH (maknanya dapat discount, tapi bukan free) 
  • Tidak perlu menduduki exam untuk masuk ke universiti selepas tamat kursus bahasa Turkey (Yay! Part ni, tak kisah la kena bayar buku pun, sebab exam tu jauh lagi susah dari nak save RM60!)
  • Tidak perlu pilih universiti ikut list (boleh buat 3 pilihan mana2 universiti yang anda suka; but subject to approval)  

Ok, nak tau apa yang diorang include dalam MEB@Hükümet Scholarship? Read my next post :)


Mode:

Tired & Sleepy