Tuesday, April 24, 2012

Officially a 'Rakugoka'


Dan tugasku sebagai 'Rakugoka' pun bermula...


Ciaossu!!!

Pada awal bulan Oktober 2011, setelah berbulan-bulan menanti dengan penuh debaran dan doa yang tidak putus-putus, akhirnya keputusan yang dinanti-nanti diumum jua. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang ditawarkan biasiswa atau dalam bahasa orang putih ‘scholarship’ oleh kerajaan Turkey untuk menyambungkan pelajaran di negara terbabit. Mau terjojol kedua-dua biji mata saya melihat announcement yang dipaparkan di website kedutaan Turkey. Manakan tidak, berbulan-bulan saya berusaha untuk mendapatkan scholarship bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ‘Master’. Semua gara-gara tidak berpuas hati dengan gaji yang rendah dan lambakan kerja-kerja di syarikat ABC (nama sebenar dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu!)

 Saya boleh dikategorikan sebagai seorang perempuan yang agak bercita-cita tinggi, oleh itu apabila melihat ada di antara rakan-rakan seuniversiti sewaktu di peringkat ijazah telah selamat menerima scroll peringkat Master, mulalah saya tidak senang duduk. Terikat dengan scholarship yang ditawarkan oleh syarikat ABC sewaktu saya belajar, saya terpaksa berkhidmat untuk syarikat terbabit selama 5 tahun! Akibatnya, saya menjadi mati kutu di syarikat terbabit, dengan stress kerja yang kurang diminati, perangai merepek segelintir rakan setugas dan macam-macam lagi lah! To cut story short, pada penghujung bulan Oktober saya selamat berada di bumi Turkey memulakan hidup baru seperti yang diidam-idamkan saya selama berbulan-bulan yang lepas… Seorang pelajar! <3

9 comments:

  1. Wah, post pertama!!
    apa nama syarikat ABC tu? hah? hah??!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thx sebab jadi 1st reader and 1st poster! Mesti la x boleh ckp nama pun dirahsiakan kan?

      Delete
  2. huh!! mcm tau je company tu....kiki

    ReplyDelete
  3. tau dah company ABC tu... hehehe.. congrats wani dpt sambung belajar... jeles gak ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Skyy Mid, anda dilarang membocorkan rahsia kerajaan~ :D

    JoeHaNNa, thx! heheh wani pun dulu pueh jeles ngan org lain jugak! haha

    ReplyDelete
  5. Kakak..jealous nyaa...

    ReplyDelete
  6. Wow, absolutely fantastic blog. I am very glad to have such useful information.
    Thanks For more information visit
    หนังตลก

    ReplyDelete